PORNOGRAFI ADALAH PUNCA!

Manusia adalah apa yang dia lihat, apa yang dirasai dan apa yang didengari sepanjang kehidupannya!

Jika seseorang itu mengenali dunia ini menerusi modalitinya tentang perkara kebaikan, maka, pasti keajaiban dapat dilihat di muka bumi ini. Tetapi bayangkan, jika kanak-kanak (berumur 18 tahun kebawah) sudah biasa melihat, mendengar dan merasa tentang pornografi, malah mula ketagihan pada usia yang sangat awal, apakah persepsi mereka tentang aktiviti seksual?

Sudah pasti, pemikiran mereka sudah dicorakkan, dibentukkan dan ditempa dengan apa yang dilihatnya menerusi pornografi.

Apa Ada Dengan Pornografi Sekarang?

Jika anda seorang ibu ayah, orang dewasa yang sudah ada pengalaman terdedah dengan pornografi pada zaman dahulu, anda jangan menyangkakan, bahan ini sama seperti dulu. Ia hanya tentang seks! Saat ini, industri pornografi telah menghasilkan produk mereka lebih dahsyat dan ia sangat gelap dan merosakkan kepercayaan suci aktivti seksual yang murni dan suci ini.

Seks adalah suci di sisi agama. Ia adalah keperluan biologi manusia yang asas dan ia harus bersulamkan dengan perkahwinan. Ia mendapat ganjaran yang besar di sisi agama jika ia berlaku di dalam suasana yang halal. Namun yang demikian, pornografi tidak mengajarkan tentang kesucian ini malah ia mencemari dan mengotorkan pemikiran penggunanya, peminatnya kepada yang lebih gelap, ganas, kasar, mendera dan lebih agresif! Semua ini adalah bertentangan dengan nilai agama dan fitrah sebagai manusia.

Berdasarkan kajian yang telah di lakukan oleh penyelidik mendapati, 90% kandungan yang ada di dalam pornografi saat ini mengandungi mesej yang agresif secara fizikal! Bukan itu sahaja, pornografi mendoktrin peminatnya, penggunanya agar berkelakuan seperti apa yang dipaparkan! Anda boleh baca kajian ini di sini >>https://www.lifesitenews.com/news/pornography-viewers-more-likely-to-be-sexually-aggressive-study-finds

Saat ini, pornografi adalah bahan 'pendidikan' yang akan menghasilkan ramai individu yang 'tidak sihat'.

Selamatkan Mata Kanak-Kanak

Mata adalah modaliti utama untuk manusia belajar sesuatu yang baru. Tetapi bukan pornografi. Anda harus sedar, pornografi saat ini bukan sekadar gambar atau  video eksplisit mengenai  aktiviti seks, tetapi ia sudah berubah bentuk kepada animasi! Industri pornografi telah mengubah corak pemasarannya secara besar-besaran! Hati-hati! Kanak-kanak adalah sasaran mereka.

Kanak-kanak yang terdedah akan dewasa! Idea yang tertanam di fikiran mereka akan diterjemahkan dalam dunia seksual mereka kelak. Malangnya, ada yang tersungkur.


Ilusi Minda berusaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya remaja agar bebas dari sentuhan virus porngrafi ini. Ia menular sangat pantas dan diluar kawalan. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan yang lebih besar dalam usaha pencegahan ini. Tidak ketinggalan juga, guru kaunseling, pegawai psikologi dan seumpamanya perlu juga mengambil perhatian tentang impak negatif virus pornografi ini dan cakna perkembangan teknologi.


www.ilusiminda.com