IBU BAPA HARUS BERCAKAP TENTANG PORNOGRAFI DENGAN ANAK-ANAK

Nak cakap apa? Tiada idea? Bukan kah kalau cakap nanti, anak-anak akan mencari dan 'google'? Lagi parah?!

Inilah dilema yang ada di dalam semua fikiran, suara hati ibu ayah. Jika di tanya kepada ibu ayah saat ini, 'adakah rasa pornografi itu baik untuk anak-anak anda?' jawapannya sudah pasti 'SUDAH TENTU TIDAK!' Jika anda (ibubapa) sudah tahu ia tidak baik, berdosa, memudaratkan, mengapa tidak memberitahu anak-anak hal ini? Bukankah ia satu tanggungjawab untuk melindungi mereka dari segala bentuk ancaman termasuk juga pornografi?

Terlihat Tidak Sengaja

Pengalaman pasukan Ilusi Minda turun ke lapangan dan bertemu dengan remaja belia di sekolah, kolej dan universiti telah mendapati, majoriti telah terdedah dengan pornografi. Dapatan IM juga mendapati, seramai 2,149 respondan menyatakan, kebanyakkan dari mereka berkenalan dengan pornografi atas faktor;

i) Diberitahu oleh rakan = 28.9%
ii) Keingingan untuk tahu = 10.5%
iii) Terlihat tidak sengaja = 34.1%
iv) Tidak pernah = 24.1%
v) Lain-lain = 2.4%

Mengapa 34.1% ini adalah alasan yang tertinggi? Secara statistiknya, pengguna internet di Malaysia sudah melebih 20 juta pengguna dan kelompok yang paling ramai menggunakan kemudahan ini adalah remaja dan belia. Mereka adalah 'netizen' dan arif dengan teknologi dan internet. Tetapi, 9 dari 10 pengguna internet di kalangan kanak-kanak di Malaysia (Baca lanjut di sini) telah berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman termasuk pornografi!

Malangnya, mereka tidak tahu apa itu pornografi dan hanya berdiam diri apabila terlihat secara tidak sengaja! Anda harus ingat, otak kanak-kanak amat cepat menyerap maklumat walaupun hanya sekelip mata. Apabila imej atau video ini tertanam di fikiran, timbul tanda tanya dan akhirnya mereka meneruskan eksplorasi ini dengan motivasi ingin tahu lanjut! Inilah permulaan kepada ketagihan di kalangan kanak-kanak.

Ia datang dengan rupa bentuk iklan, animasi dan pelbagai jenis paparan yang menarik perhatian kanak-kanak sama ada secara kebetulan atau dengan niat. Ia muncul berkali-kali dan mengasak supaya mereka 'klik' dan masuk ke laman gelap ini!

Bagaimana ia datang kepada kanak-kanak? Secara statistiknya, saiz pornografi adalah seperti di bawah;


Pornografi berada di mana-mana sahaja di dalam internet!

Kanak-Kanak Boleh Dilatih Supaya Menjauhi Pornografi

Memang benar! Inilah kunci perubahan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa khususnya. Anda berhak untuk memulakan komunikasi ini dengan anak-anak. Jika anda tidak memulakannya, maka pasti orang lain akan mendahului anda! Percayalah!

Kanak-kanak di Malaysia banyak meluangkan masanya bersosial di sekolah dan juga di alam siber. Luangan masa berkualiti ibu bapa dengan anak-anak adalah amat rendah dan kadangkala tiada langsung . Inilah punca utama mengapa pornografi telah merampas kehidupan kanak-kanak ini.

Apabila anak-anak sudah memasuki alam akil baligh, mereka melakukan eksplorasi tentang perkembangan seksual mereka dengan menjadikan pornografi sebagai petunjuk arah! Sedangkan pornografi adalah guru yang sesat!

Mulakan komunikasi anda dengan mereka! Didik mereka supaya benci dan menjauhi mesej-mesej ini di saat mereka di dekati. Ingatlah! Pornografi saat ini tidak perlu di cari kerana ia akan datang menyerang dan mencari penggunanya yang baru. Industri pornografi sengaja mensasarkan kanak-kanak supaya berada di dalam zon ketagihan.

Ibu ayah yang prihatin bukan hanya sekadar melindungi anak-anak dari bahaya dari luar rumah sahaja, malah ancaman saat ini juga sudah ada di dalam rumah! Jadi, bagaimana untuk menyelamatkan mata dan jiwa anak-anak dari virus pornografi ini? Mulakan pembacaan dan belajar tentang bagaimana sifat virus pornografi ini bekerja dan mulakan perkongsian dengan anak-anak di rumah!