APA MASALAHNYA TENGOK PORN?

Ada yang bertanya dengan marah, "Apa masalahnya tengok porn kalau tengah serabut?!!!"


Diam, berfikir dan cuba menyusun ayat. Saya cuba mendekati dan berkata dengan perlahan, "Jika kita serabut tak salah kan ambil heroin?"

Remaja ini kembali berkata, "ooo, itu lain!".
"Apa yang lainnya?" tanya saya. "Itu kan dadah. Mana nak sama dengan porn?"

Eh, tak tahu ke porn tu kesannya sama macam ambil dadah?

Yes!!! Saya dapat menangkap perhatian remaja ini. Kemudian beliau diam dan mendengar. Kelihatan seperti dia sedang berfikir-fikir.

Pornografi Ialah Dadah Millenium!

Di dalam pos yang lalu, saya ada berkongsi tentang dadah ini. Ia mengubah otak penggunanya sama seperti mereka yang ketagihan heroin. Anda boleh merujuk kembali di pautan ini >>https://goo.gl/Q3CpRD

Saya ingin berkongsi mengenai kesan jangka panjang pengambilan dadah millenium ini kepada diri. Berdasarkan kepada laporan Dr. Jill Manning pada tahun 2005, beliau ada berkongsi kajian terbaru mengenai kesan pornografi kepada kehidupan seseorang. Ia bukan hanya sekadar memberi kesan kepada diri malah sosial! Anda boleh rujuk di pautan ini >> https://goo.gl/j4k3hW

Dr. Manning melaporkan, terdapat bukti bahawa penggunaan bahan pornografi akan membuatkan individu itu menjadi lebih murung (depression) dan berasa kosong di dalam jiwanya berbanding individu yang tidak menggunakannya. Alasan utama situasi ini berlaku adalah kerana kekerapan stimulasi buatan sendiri dan situasi ini akan menyebabkan stimulasi natural akan terganggu. Dan dalam masa yang sama, fungsi dan struktur otak juga boleh berubah akibat habit yang berterusan ini.

Kesimpulannya, pornografi tidak menghilangkan tekanan atau keserabutan 'semasa' anda tetapi ia hanya menambahkan lagi tekanan dan bebanan emosi yang teruk di masa akan datang. Sikit-sikit lama-lama menjadi bebanan!