KONTINUM KETAGIHAN PORNOGRAFI

Ilusi Minda tahu, pengalaman bersama dengan pornografi adalah bersifat peribadi. Ia merupakan rahsia yang sukar, segan, malu dan takut untuk diluahkan, dikongsikan atau dimuntahkan kepada orang lain termasuklah individu yang dekat seperti keluarga, suami atau isteri, kaunselor dan sebagainya. Siapalah agaknya yang berani nak buat macam tu kan? Walaupapaun, saat ini, realitinya, 'semua orang' sudah terdedah dengan pornografi secara sengaja atau tidak sengaja. Ada yang sebenarnya sudah lama melihatnya, tetapi disebabkan bahan ini sudah lama bertoleransi, akhirnya kelakuan, kebiasaan ini dinafikan.

PORN BUKAN SAJA MESEJ TENTANG SEKS

Ramai yang beranggapan, pornografi hanyalah video atau gambar tentang aktiviti seks. Ia benar tetapi kurang tepat! IM ingin menjelaskan bagaimana rupa bentuk pornografi. Secara mudahnya, pornografi terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, softcore porn dan kedua hardcore porn. Apa bezanya?

Softcore porn ialah imej atau video yang bercirikan seksi, separuh bogel atau bogel. Ia tidak memaparkan langsung aktiviti seksual. Namun yang demikian, ia boleh menarik perhatian atau menangkap pandangan mata untuk melihatnya.

Hardcore porn pula ialah imej dan video yang eksplisit. Memaparkan aktiviti seks (ada penetration) hetero, bi atau homoseksual. Ia juga sarat dengan tema yang amat agresif dan luar tabii.

Sekarang, benarkah kita saat ini langsung tidak pernah melihat atau terlihat pornografi? Sama ada soft atau hardcore porn? Ya, mungkin ada yang mengatakan, "betul! Saya tak pernah melihatnya!" Tiada masalah, jangan panik. Pernah atau tidak sebenarnya ia tidak bermaksud anda adalah individu yang jahat atau kejam :) Cuma ia adalah satu pengalaman. Persoalannya, apakah yang kita lakukan apabila terlihat atau melihat pornografi ini? Pada awalnya, tidak sengaja atau terlihat. Terpandang. Adakah kita kembali mengambil pandangan ke dua dan seterusnya? Atau anda terus menutup pandangan mata dan tidak meneruskannya?

Siapa yang pernah ke pasaraya dan kemudian melalui satu ruangan jualan pakaian dalam wanita seperti bra, seluar dalam dan sebagainya. Agak-agaknya, apakah gambar-gambar yang ada di ruangan itu? :) Bukankah itu juga kategori pornografi? Soft atau hardcore? Anda pasti ada pengalaman ini bukan?

SKALA


Mari kita ukur diri kita, dimanakah kita berada sekarang. IM yakin, jika pengalaman ini di letakkan di dalam kontinum adalah lebih mudah dan mesra. Ia lebih mudah untuk dikenalpasti dan boleh juga digunakan sebagai kayu ukur untuk melakukan perubahan di masa akan datang.

Secara mudah, sebelum kita memahami idea kontinum, mari kita memahami apakah karakteristik ketagihan. Secara umumnya, ketagihan mempunyai 2 karakteristik. Pertama, hilang kawalan diri atau kelakuan kompulsif dan kedua ialah menerima kesan negatif akibat aktiviti ini. Ketagihan pornografi pasti meninggalkan kesan secara psikologi dan juga tubuh. Dengan cara kita melihat kontinum, anda mampu menjangkakan, apakah kesan atau tindakan berisiko yang bakal wujud dan tumbuh tanpa dirancang!

IM ringkaskan, kontinum ini digambarkan dengan 7 tahap.

TAHAP 1 - Secara umumnya, idea tentang pornografi ini tiada di dalam fikiran. Tidak pernah mendengarnya dan tidak pernah terlihat atau melihat. 'Zero information' tentang pornografi samada softcore atau hardcore.

TAHAP 2 - Sekali dalam hidup. Tiada niat dan biasanya tidak sengaja. Tiada tarikan untuk meneruskan eksplorasi tentang dunia seksual. Mudah menolak dan tidak akan berkompromi! Pengalaman boleh dikira dengan kurang lima jari.

TAHAP 3 - Growing curiousity - Dalam satu tahun, pornografi muncul agak kerap. Tanda tanya menjadi motif untuk kembali kepada pornografi jika ada peluang.Sempadan kepada ketagihan.

TAHAP 4 - Memasuki zon ketagihan bertaraf rendah. Dalam skala bulanan, kekerapan melihat pornografi mula tinggi frekuensinya. Segala bentuk curiousity sudah lenyap dan digantikan dengan growing fantasy. Dalam masa yang sama, growing problem attitude mula muncul pada kadar yang minimum.

TAHAP 5 - Kebergantungan pada pornografi semakin kuat. Compulsive behaviour. Frekuensi menggunakan pornografi semakin tinggi. Setiap minggu. Fikiran dipengaruhi sepenuhnya oleh fantasi. Kesan pada diri, keluarga, karier dan sosial mula memberikan kesan. Ia mula menjadi hobi. Koleksi peribadi.

TAHAP 6 - Keperluan seharian. Daily basis. Pornografi menjadi prioriti utama dalam agenda kehidupan dan menjadikan agenda lain sebagai minor. Kesan pada psikologi, produktiviti semakin menurun dan tidak produktif. Pornografi menjadi dominon. Hilang kawalan diri.

TAHAP 7 - Acting out. Ia boleh berlaku dengan aktiviti jenayah atau dengan cara paksaan atau perlakuan yang melanggar nilai moral, budaya dan agama. Menyakiti atau mengganggu orang lain adalah motif tanpa kawalan diri. Total lost control. Hanya undang-undang yang boleh melemahkannya.

UBAH KEDUDUKAN ANDA DI KONTINUM

Tahap ini adalah panduan untuk anda. Ia sangat membantu untuk membaiki kedudukan atau posisi anda kepada tahap yang berisiko kepada kurang berisiko. Namun yang demikian, setiap manusia sering dicabar dengan pelbagai medium dan motif pemasaran. Saat ini, industri pemasaran global telah banyak menggunakan wanita sebagai objek penarik perhatian terutamanya kepada lelaki. Situasi ini di namakan SEXVERTISEMENT. Terlalu banyak ikaln-iklan yang berunsurkan stimulasi seksual di luar sana. Ia boleh menjadi pemicu atau triggers kepada ketagihan.

Semoga bermanfaat!