AKIBAT KETAGIHAN PORNOGRAFI

Pornografi adalah afrodisiak. Ia pasti menarik perhatian semua manusia normal. Insan mana yang tidak peka dengan anugerah seksual dari Tuhan. Persoalannya, saluran manakah anugerah ini digunakan? Saluran yang baik (halal) atau sebaliknya? Dunia ini berdiri dengan prinsip sarwajagat iaitu; Setiap pilihan ada akibatnya yang tersendiri.

TANGEN KEHIDUPAN

Pilihan untuk hidup bersama dengan pornografi mempunyai risikonya yang tersendiri. Ia tidak menjanjikan apa-apa keseronokan dan kebahagiaan melainkan menarik penggunanya, peminatnya kepada penyimpangan kehidupan yang sangat dahsyat.

Pasti ada yang tidak bersetuju dengan situasi ini dengan mengatakan;
i) Eh, mana ada! Porn ok aje. Tak ada apa-apa yang berlaku pun?
ii) Tengok je. Bukannya saya buat zina dengan sesiapa!
iii) OK je. Hilangkan rasa stress saya. Bila bosan, rasa terisi masa lapang.
iv) Porn ni bagi idea. Sebab nanti senang kalau dah kawin

dan macam-macam lagi minda toleransi. Semakin lama bertoleransi, pengalaman bersama pornografi semakin lama dan ketagihan. Akhirnya, ketagihan ini memberikan kesan kepada beberapa bahagian kehidupan. Ilusi Minda ingin berkongsi beberapa situasi yang biasa dialami oleh individu yang mempunyai rahsia gelap ini. Ketagihan mereka telah memberikan kesan yang sangat besar tanpa di duga. IM berharap anda boleh membuat penilaian hidup anda seperti senarai di bawah ini. Berikut adalah kesan yang amat ketara impak dari pornografi;

i) Emosi; mood swing, panas baran, cepat marah
ii) Perhubungan sosial; rakan di sekolah, tempat kerja, jiran. Tidak selesa bersosial. Isolasi dari  
     masyarakat
iii)  Perhubungan dengan kaum keluarga; ibu dan ayah, suami dan isteri, anak-anak, adik beradik
iv) Kerohanian; terasa berat dan banyak meninggalkan kewajipan agama
v) Kondisi kewangan yang tidak stabil
vi) Kerjaya; kehilangan kerja
vii) Fokus dalam kehidupan; tiada motivasi hidup, tiada atau hilang visi hidup
viii) Sering keliru, buntu dan hilang keupayaan untuk melihat masa depan
ix) Perhubungan seksual bersama pasangan (suami isteri); mula hilang minat dengan pasangan dan banyak meluangkan masa dengan pornografi. Pasangan hanya boneka

Kehidupan seharusnya dijalani baik-baik sahaja. Tetapi, kesan dari ketagihan ini, kehidupan mula ada tangen dan mewujudkan garis kehidupan yang sangat gelap, suram, tidak ceria, menyakitkan dan tidak produktif. Inilah antara kesan yang biasa di alami oleh mereka yang mempunyai pengalaman dengan pornografi.

UBAH CARA BERFIKIR & DUNIA TURUT BERUBAH KEMBALI NORMAL

Memang benar! Jika kita impikan perubahan yang besar dalam kehidupan, ubahlah cara berfikir. Ubah frame fikiran atau kotak pemikiran lama tentang pornografi kepada yang lain. Habit turut boleh berubah. Dunia ini penuh dengan kejutan dan ia berada di mana-mana! Anda pasti lebih kagum dan tertarik berbanding pornografi. Virus ini boleh dimusnahkan dengan antidot ubah cara berfikir!

Mari mulakannya dengan cara kembali mendapatkan apa yang telah hilang akibat memilih pornografi dalam kehidupan. Anda harus kembali mendapatkan 9 perkara di atas! Itu adalah misi yang penting untuk kelangsungan hidup kita sebagai manusia yang normal!