SIAPA PELAKON PORNO KEGEMARAN ANDA?

Industri pornografi telah membuat keuntungan berbillion USD secara global. Mereka mementingkan keuntungan semata-mata. Kekayaan ini telah membuatkan industri ini semakin kehadapan dengan membeli semua teknologi terkini. Ia termasuklah kamera, studio, kepakaran 'menyunting', teknologi pemasaran di internet, malah manusia! Ya, mereka membeli manusia!

Penjenamaan

Saat ini, industri telah membeli ramai gadis dan lelaki sebagai pelakon dengan habuan wang yang sangat besar. Semakin lama mereka bersama industri gelap ini, semakin banyak wang yang ditaburkan kepada pelakon ini. Namun yang demikian, tawaran ini harus dibayar dengan menjadi hamba kepada industri dengan satu persetujuan yang dinamakan kontrak.

Apabila mereka menjadi sebahagian dari industri, maka, nama sebenar individu ini tidak digunakan dan mereka di jenamakan (re-branding) dengan nama-nama baru. Disinilah lubuk kekayaan industri ini meraih keuntungan. Penjenamaan adalah satu strategi yang sangat efektif dalam dunia perniagaan. Ia menjanjikan kelainan dan keunikan walaupun objek atau perkara yang hendak dijual itu sama.

Penjenamaan ini telah masuk ke dalam dunia internet terutamanya media sosial. Dan disinilah, pengguna atau si ketagih boleh berinteraksi terus dengan pelakon porno! Tanpa ada halangan!

Peminat Pelakon Porno Di Kalangan Remaja

Pasukan Ilusi Minda telah bersama dengan ramai remaja dan belia di seluruh Malaysia. Tanpa segan silu, mereka (remaja dan belia) boleh memberikan nama-nama dan juga laman web yang digemari tanpa satu pun tertinggal! Bayangkan! Mereka sudah ada ikon dikalangan pelakon porno yang mana, pelakon ini adalah secara rasminya sebagai 'prostitute'

Sedarkah kita, sebagai ibu bapa, individu atau sesiapa sahaja, pornografi adalah material tentang pelacur?

Memang benar, kita tidak berjumpa secara fizikal atau menempah pelacur sepanjang kehidupan ini, namun, skandal sudah wujud di dalam otak remaja belia kita! Mereka meminati pelacur yang telah dijenamakan!

Apa kaitan pelacur dengan kanak-kanak? Remaja? Belia? Dan sebagai seorang muslim?