PORNOGRAFI MEMISAHKAN SUAMI & ISTERI

Ilusi Minda telah menemui ramai pengguna pornografi tegar di kalangan individu yang telah berkahwin. 

Apabila ditanya tentang pengalaman menggunakan bahan ini, rata-rata ia adalah habit yang dibina sekian lama. Sejak di bangku sekolah hinggalah ke alam perkahwinan. Mereka mengakui seolah-olah tersungkur dan tidak mampu untuk kembali bangkit dari situasi ini. Mereka mengatakan terasa lemah dan tiada kekuatan untuk menolak. Lebih malang lagi, mereka mula melihat akibat dari tabiat ini terhadap perhubungan mereka di rumah terutamanya bersama anak-anak dan isteri. 

Namun yang demikian, apabila pasukan IM bersama dengan remaja di sekolah, paradigma ini adalah terbalik. Apabila ditanyakan tentang ketagihan mereka, kebanyakkan remaja dan belia yang ditemuramah meyakini bahawa, perkahwinan adalah solusi buat situasi mereka! Ini adalah paradoks!


Trend Dunia Barat

Menurut The Global Source of Science News, kajian terhadap penggunaan pornografi di alam perkahwinan telah membuktikan, pornografi boleh menjadi pemisahan secara fizikal dan emosi di antara pasangan dan akhirnya boleh menjadi faktor utama kepada penceraian. Artikel penuh boleh dibaca di https://goo.gl/8oOEFn

Tambahan kajian sosial ini ialah mengenai kelakuan remaja di Amerika. Menurut laporan artikel ini menyatakan; Remaja di Amerika adalah lebih ramai dan gemar menonton pornografi berbanding golongan dewasa/tua.Stuasi ini amat membimbangkan kerana, golongan dewasa mempunyai kekuatan pemikiran dan juga kewangan. Risiko kes penceraian dan bencana sosial adalah lebih rendah jika dibandingkan golongan muda. Hal ini adalah kerana, pornografi boleh memberi kesan pengherotan (dostortion) terhadap persepsi dan juga keyakinan kepada aktiviti seksual normal.

Namun yang demikian, di Malaysia juga mula mengikuti trend ini!


Pornografi Adalah Ancaman!

Kajian ini tidak hanya terhenti kepada isu penceraian kerana pengkaji telah mendapati, walaupun isu penceraian belum berlaku, tahap kebahagiaan dan kualiti kehidupan sepanjang perkahwinan sering terancam. Kepuasan perhubungan,komunikasi dan seumpamanya sering tercabar.

Di manakah bukti dan alasan bahawa,perkahwinan adalah jawapan yang pasti kepada ketagihan teruk ini? Dan siapakah individu yang boleh tampil dan membuktikan kajian ini adalah tidak benar dan palsu?

Pornografi pasti mengubah kelakuan dan kehidupan penggunanya dan dalam masa yang sama, orang yang paling dekat dengannya turut merasai bahangnya!


Kawal & Uruskan Ketagihan Sebelum Berkahwin

Pada asasnya, perkaahwinan adalah satu perhubungan organik yang paling indah dianugerahkan Tuhan kepada manusia. Melihat pornografi adalah satu idea yang tidak baik dan tidak betul untuk mengetahui dan merasai nikmat sebahagian dari tujuan perkahwinan itu. Pornografi hanya menjanjikan kekecewaan dan ketidakpuasan yang tiada hentinya dan ia boleh menggangu tujuan tertinggi perkahwinan.

Lakukan sesuatu dengan situasi ini dengan segera! Tingkatkan bacaan dan pengetahuan tentang ketagihan pornografi agar risiko dapat di kurangkan di masa akan datang! Elakkan membayar risiko ini!