ANAK KITA BUKANNYA SEMPURNA SANGAT! BEGITU JUGA ANDA SEBAGAI IBUBAPA!

Apa respon anda sebagai ibu ayah apabila mendapati anak-anak anda bergelumang dengan pornografi?

Memang lumrah kita sebagai ibu dan ayah untuk berasa marah, kecewa, sedih, terkejut dan sebagainya. Siapa yang tidak akan berasa seperti itu bukan? Harapan yang sangat tinggi kepada mereka agar menjadi seperti malaikat, rupa-rupanya lain pula yang terjadi. Itulah manusia. Ingat, manusia!

Ingatlah, anak-anak kita adalah manusia. Mereka bukanlah sempurna, begitu juga dengan kita bukan? Mereka melakukan kesalahan, begitu juga dengan ibu ayah ? Sebab itulah, ibu bapa perlu sentiasa bersiap sedia dengan apa sahaja situasi yang bakal dilakukan oleh anak-anak kita, khususnya kelakuan mereka dengan internet. Mengapa perlu bersedia?

Pertama, ibu bapa sekarang sudah mempunyai kemampuan untuk melanggan kemudahan internet di
rumah. Secara tidak langsung, anak-anak turut menggunakannya atas kesempatan ini.

Kedua, ibu bapa juga harus sedar lagi, keputusan untuk menggunakan internet ini adalah kerana adanya tujuan dan persediaan minda orang dewasa. Tetapi tidak bagi anak-anak kita. Oleh yang demikian, ibu bapa mempunyai tanggungjawab tambahan untuk mendidik dan merangka strategi, bagaimana internet ini benar-benar boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak-anak di rumah.

Ketiga, alam siber merupakan alam yang penuh dengan misteri. Ia mengandungi khazanah yang menguntungkan dan dalam masa yang sama, ia juga sarat dengan risiko. Pada titik inilah, ibu ayah harus membimbing serta mendidik anak-anak supaya mereka selamat dari risiko seperti penjenayah siber dan juga pornografi!

90% Kanak-Kanak Remaja Telah Terkesan!

90% daripada 8.5 juta kanak-kanak dan remaja berusia 5 hingga 18 tahun di negara ini telah dilaporkan pernah terdedah dengan unsur-unsur negatif di alam siber dan ia memberikan kesan kepada cara berfikir serta kestabilan emosi. (rujuk https://goo.gl/KQNA4Z).

Bagaimana peratusan ini boleh mencapai sehingga 90%? Menurut statistik 2011, kanak-kanak di Malaysia ini secara puratanya, sepanjang 1 minggu, mereka telah menghabiskan masanya selama 19 jam! (rujuk https://goo.gl/LazlNz). Bayangkan, sepanjang waktu ini, betapa banyak risiko yang telah dihadapi oleh anak-anak. Mereka mugkin terdedah dengan penjenayah siber, pornografi, kandungan yang tidak sesuai dengan umur atau buli siber.

Anak Bukanlah Musuh Anda Yang Sebenar!

Pengalaman Ilusi Minda di lapangan bersama dengan ibubapa yang berhadapan dengan isu anak-anak ketagihan pornografi sering meluahkan rasa marah, geram dan terkejut dengan apa yang dilakukan anak-anak mereka. Malah, ada ibu bapa yang menjadikan anak itu sebagai musuh dengan cara yang tidak sejahtera. Nasihat IM, 'janganlah memarahi dan memusuhi anak itu!' kerana, musuh utama kita bukanlah anak, tetapi isi kandung yang ada di dalam dunia siber ini. Majoriti, kandungan ini memang bekerja untuk mempengaruhi penggunanya, termasuklah pornografi. Sekarang, bahan ini tidak lagi perlu dicari tetapi ia 'dicari'! Industri pornografi mencari anak-anak remaja, termasuklah kita!

Di dalam situasi ini, ibu ayahlah sebenarnya yang harus bayar semua kos ini! Jangan biarkan anak-anak kita membayarnya! Mengapa? Kerana, internet sudah ada di rumah! Survei yang dilakukan oleh IM menunjukkan, remaja belia kita saat ini, 90% melayari pornografi ini hanya di rumah!



Hanya dirumah!


Bantulah anak-anak kita dengan cara melindungi minda mereka sementara belum lagi di sentuh dengan pornografi. Jika ibubapa telah mendapati anak-anak di rumah telah terjebak atau mula terjebak, maka mulakanlah komunikasi membina untuk membantu mereka dan bukan menambahkan lagi kemudaratan dan ketagihan mereka! Komunikasi agresif akan memudaratkan mereka! Percayalah!

Apa Yang Saya Harus Lakukan Dengan Anak Saya Yang Ketagihan?

Jangan panik dan gelabah! Anda bukanlah berkeseorangan! Ramai di luar sana ibu bapa yang mengalami situasi yang sama kerana isu ini bukanlah berlaku di rumah anda sahaja, tetapi di seluruh pelusuk planet ini! Anda sangat bertuah jika dapat mengesan dan mengetahui anak-anak telah terjebak dengan isu ini lebih awal, kerana, ada ibu ayah yang tidak mengetahuinya langsung dan ia berakhir dengan kes salah laku seksual seperti sumbang mahram, di tangkap oleh guru atau pihak berkuasa dan undang-undang!

Carilah

1. Kauselor yang anda percaya dan berkredibiliti
2. Rakan yang menyokong dan sentiasa memberikan respon positif
3. Ilusi Minda

Semoga kita menuju kepada kesempurnaan!