ANDA ADA SKANDAL?

APA ITU SKANDAL?

Menurut Dewan Bahasa & Pustaka, ia bermaksud perbuatan keji dan biasa mengundang kemarahan orang lain. Jika anda pengguna pornografi, sedar atau tidak, anda sudah ada skandal! Memang anda tidak pernah bersua atau berjumpa secara fizikal dengan 'pelacur' di mana-mana, tetapi, semua pelacur ada di dalam laman pornografi!

HATI-HATI DENGAN APA YANG ANDA KLIK

Saat ini, pornografi boleh di akses dimana-mana sahaja, asalkan ada akses internet. Berbanding 2 dekad yang lalu, internet belum cukup popular dengan pornografi, tetapi sekarang, ia sarat dan boleh dilihat dengan rasa cukup selamat, selesa seperti di waktu kerja, di parlimen, semasa sedang berdebat atau sedang menaiki bas!

Situasi ini sebenarnya sudah dirancang khusus oleh industri pornografi. Ia ingin anda atau sesiapa sahaja mengaksesnya dengan mudah dan cepat. Menurut statistik yang dipaparkan oleh hub terbesar industri ini, pada tahun 2015, lebih dari 21 billion pengguna telah melawati hub ini dan hampir 88 billion video telah ditonton! Nombor ini menyamai 12 kali video telah dimainkan oleh setiap individu penduduk di planet ini!

ANDA MUNGKIN SUDAH DIKESAN

Mulai tahun 2015, walaupun anda di mod 'incognito', history melawat ke laman pornografi ini akan meninggalkan foot print atau finger print pada setiap laman yang dilawati. Kesannya, cuba anda lihat, kenapa anda kerap menerima iklan pop up yang pelik-pelik dan berunsurkan lucah dan mengiklankan laman-laman pornografi? Itu adalah petanda, komputer, laptop, gadgets anda telah dikesan! Dan iklan ini akan terus menerus mengejari anda!

Industri pornografi sudah mengesan dan boleh memaparkan nama anda pada umum bila-bila masa sahaja, malah menjual maklumat anda kepada industri yang lain! Situasi ini tidak mustahil kerana, setiap individu dari seluruh benua, pasti berulang-ulang kali melawati laman pornografi. Pengulangan ini akan dikesan sebagai habit dan ia akan memudahkan industri untuk terus berkomunikasi dengan penggunanya.

Industri pornografi menamakan strategi ini sebagai PORNVERTISING. Ia sangat menghantui dan akan sentiasa mengejari anda!

Inilah bentuk skandal baru di abad ini!