KETAGIHAN PORNOGRAFI SEMAKIN MENGGILA!

BETUL TU! KETAGIHAN INI TAK MENURUN SELERANYA!

Pengguna pornografi samada lama atau baru, pasti mengheret peminatnya ini kepada ketagihan. Itu adalah fakta. Ia tidak boleh dinafikan lagi kerana, berdasarkan pengalaman Dr. Victor Cline yang telah membantu lebih 400 individu, individu yang terdedah dengan pornografi menyatakan, bahan pornografi benar-benar membuatkan mereka ketagih!

DOS YANG LEBIH KUAT

Tahap ke 2 selepas ketagihan ialah ESCALATION. Pengguna pornografi akan mula mencari dan memburu bahan-bahan pornografi yang lebih kuat, agresif, ganas dan macam-macam lagi temanya bagi tujuan memenuhi asakan syahwatnya. Gambar atau video yang biasa atau versi soft core ini tidak lagi menyeronokkan. Situasi ini sama seperti individu yang ketagih kepada dadah jenis substance. Pada mulanya, dos hanya sedikit, kecil, tetapi lama kelamaan, dos semakin bertambah! Lebih banyak! Falsafah nya ialah more..more..more!!!!




Dos yang semakin kuat dirasakan seperti memuaskan biologi tetapi ia akan memudaratkan sistem biologi!