ILUSI TENTANG KANAK-KANAK & PORNOGRAFI

MEMANG TAK MASUK AKAL LA!

Ya, memang pelik dan menjengkilkan la jika kita mengakui anak-anak kita ini telah bergelumang dengan pornografi! Mana buktinya?

Tenang

Tarik nafas dalam-dalam

Relaks

Ok? Memang benar, anak-anak kita saat ini memang dalam keadaan terkawal, tidak terdedah dengan video atau gambar berunsurkan 'pornografi' seperti yang ibu ayah bandingkan pada zaman mereka. Pornografi saat ini tidak lagi sama seperti zaman dahulu. Sekarang, ia ada di dalam iklan, kartun kegemaran anak-anak, komik, video klip lagu-lagu kegemaran mereka terutamanya dari Barat, majalah dan sebagainya. Anda namakan saja, semuanya ada!

Pornografi tidak terhenti pada imej atau video perlakuan seks semata-mata, tetapi apa sahaja visual yang menjurus kepada seksual seperti pakaian terlalu terdedah, adengan pelukan, ciuman dan seumpamanya, semua ini adalah 'triggers'. Semua ciri-ciri ini adalah kategori 'soft core porn'. Namun yang demikian, apa yang akan terjadi kepada otak kanak-kanak, jika mereka sudah biasa melihat semua jenis 'softcore porn' ini? Jawapannya TOLERANSI. Tiada lagi SENSITIVITI.

Tonton video ini >> https://youtu.be/Y_R3AhTDUQo

ILUSI YANG MERUGIKAN 

Saat ini, marilah kita tingkatkan keprihatinan dan sensitiviti terhadap serangan pornografi kepada generasi muda, termasuklah kanak-kanak. Ibu bapa saat ini harus sedar, industri pornografi telah mengoptimumkan potensi internet untuk mencari pengguna yang baru. Kanak-kanak menjadi sasaran buat industri pornografi!

Pecahkan set minda yang salah ini seperti

1. Anak saya anak yang baik. Mereka takkan melakukannya
2. Jika anak saya melihatnya, mereka pasti menolaknya
3. Mereka tahu main game aje. Takkanlah!
4. Biasanya budak lelaki je kan! Saya ada anak perempuan saja!
5. Semua anak-anak saya sudah tahu mana baik buruk. (anggapan saja)

Pengalaman ILUSI MINDA di lapangan telah menemui ramai remaja yang mengakui mereka telah melihat dan melayari laman porno. Mereka ini masih remaja, bersekolah dan menyedihkan lagi sesetengah mereka sudah alami ketagihan. Inilah realiti yang sedang berlaku di atmosfera sekolah. Jika kita sebagai ibu bapa berfikir, anak-anak kita sudah selamat, tetapi renungkanlah, anak-anak kita itu bersosial di sekolah! Mereka berkongsi maklumat! Antaranya ialah pornografi!

LUANGKAN MASA ANDA DALAM PERTEMUAN PENTING INI!

Jika anda sebagai ibu bapa muda dan prihatin dengan perkembangan anak-anak, informasi tentang bagaimana untuk melindungi dan membantu anak-anak supaya menghindari pornografi adalah satu bentuk ilmu dan informasi yang sangat tinggi prioritinya saat ini.

Temui kami pada 25 September 2016 ini di Kuala Lumpur.


Maklumat lanjut anda boleh layari
http://protectthehouse.khalifahfoundation.com/

Lindungi Generasi Dari Ancaman Pornografi!