WHAT IF????

Apa Yang Anda Fikirkan Jika Orang Yang Anda Sayangi TERKANTOI Tengok Porn???

Memang menyirap habis! Apatah lagi jika yang kantoi tu 

1. Anak-anak belajar agama. Tahfiz lagi.
2. Ustaz yang mempunyai isteri bergelar ustazah.
3. Mahasiswa di fakulti Islam dan selalu memberikan tazkirah dan menjadi imam.
4. Motivator. Selalu jugalah memberitahu itu tak bagus ini tak betul. Ini je yang betul. 
5. Guru di sekolah. Mengajar di sekolah perempuan.
6. Suami atau isteri yang sudah ada anak yang sedang membesar.
7. NGO Islamik yang aktif sana sini bercakap tentang masalah ummah.
8. Public figure........
9. Akan berkahwin tak lama lagi.......


Persepsi Lama & Baru

Saat ini, limpahan dadah millenium ini sangat banyak. Malah, ia berada di mana-mana! Pornografi bukan hanya video atau gambar bogel atau aktiviti seksual semata-mata, ia ada di dalam musik, video klip, iklan di tv, media sosial dan pelbagai lagi dengan tema dan tajuk yang sangat ekstrem. Luar dari norma amalan seksual yang suci.

Saat ini, industri pornografi bergerak aktif dengan 4 kaki yang sangat kuat. Dengan adanya kaki ini, industri tersebut bermaharajalela dan gagah berdiri!


Kaki 1 - Accessibility

Ia bermaksud, bahan ini mudah sangat untuk didapati dan diturun muat. Jika dibandingkan 1 dekad yang lalu, bahan tersebut amat terhad dan ia perlu dibeli dan perlu dicari. Sekarang, ia tidak lagi perlu dibeli dan dicari. Industri pornogafi mencari penggunanya!


Kaki 2 - Afforrdibility

Bermaksud, ia tidak perlu lagi dibeli. Bahan pornografi versi 'hardcore' sudah begitu banyak sekali di alam siber. Ia bukan hanya sekadar bahan yang seksi atau softcore, tetapi ia sangat ekstrem. Semuanya PERCUMA! 


Kaki 3 -  Anonymously

Tiada siapapun yang tahu akan perbuatan individu yang ketagihan. Mereka yang sering memuat turun bahan ini juga tidak mampu di kesan secara khusus.  


Kaki 4 - Addictively

Pornografi mengheret peminatnya kepada ketagihan. Ini adalah FAKTA. Jika penggunanya sangat muda dan sudah ketagihan, ia akan membuatkan penggunanya sering atau selalu mendapatkan bahan ini pada setiap saat, minit, jam dan minggu! Lebih menakutkan, jika bahan ini tidak dapat diakses, maka minda jenayah mula muncul! Scary!!!!


420 Juta Laman Web Lucah Di Internet!

Cuba kita bina persepsi membantu dan bukan lagi menghukum. Inilah cara fikir yang terbaik untuk kita tangani atau atasi situasi yang mendatang. Tanpa set minda yang betul, maka kita akan bertindak serta memberikan respon berdasarkan emosi semata-mata dan tidak lagi rasional serta kurang bijaksana.

Professor Simon Louis Lajeunesse, dari University of Montreal menyatakan, 'saat ini, untuk mencari lelaki yang tidak melihat atau tidak ada pengalaman dengan pornografi adalah amat mustahil!'

Jika kita menggunakan set minda menghukum, kita akan keletihan dan masalah tidak akan selesai. Cara bijaksana dan tidak meletihkan perasaan dan minda kita saat ini ialah, 'apa yang saya boleh bantu'?

Pengalaman Ilusi Minda dilapangan dengan menggunakan set minda ini telah berjaya menambat ramai remaja belia untuk memahami apa itu ketagihan dan bagaimana untuk menghadapi situasi ini. Sebenarnya, ramai indivdu di luar sana memerlukan bantuan dari anda yang selamat dari cubaan ini. Anda merupakan antidot kepada mereka dan bantulah mereka dengan set minda yang baru.

Ramai yang sebenarnya menjadi mangsa keadaan dan akhirnya menjadi ketagihan. Tiada siapapun sebenarnya mahu situasi ini berlaku kepada diri mereka. Mereka terpaksa melihatnya kembali kerana desakan otak yang mula hilang imuniti untuk mengurus tekanan, akhirnya kembali 'relapse'. Ini saja alasan yang terpaksa mereka lakukan.

Namun yang demikian, ada cara untuk membantu golongan ini iaitu dengan ilmu!