BIAR BETUL? BETUL KE?
Sabar, baca semula dengan tenang. Adakah kita mula menjustifikasikan 'porn' lebih baik dari zina? Yup! Memang ada segelintir yang berfikir seperti ini. Ia boleh mengelak dari zina sebenar!Persoalannya, adakah kita benar-benar faham apa itu zina?
Kita sudah biasa mendengar perkataan ini sebenarnya. Tidak asing lagi, ia adalah perbuatan atau aktiviti seksual diluar perkahwinan. Ini biasa kita dengar. Namun yang demikian, maksud zina sebenarnya adalah 'end product' dan ia mempunyai prosesnya yang tersendiri sehingga definisi ZINA sebenar ini muncul!
Proses Sebelum 'End Product'
Rasulullah saw ada menerangkan dengan jelas di dalam riwayat Bukhari, no. 5889 dan Muslim, no. 6925.yang bermaksud; "Zina kedua mata adalah dengan melihat. Zina kedua telinga dengan mendengar. Zina lisan adalah dengan berbicara. Zina tangan adalah dengan meraba (menyentuh). Zina kaki adalah dengan melangkah. Zina hati adalah dengan menginginkan dan berangan-angan. Lalu, kemaluanlah yang nanti akan membenarkan atau mengingkari zina yang lebih besar"
Jika kita merenung proses ini, pertama sekali Rasulullah saw menyebut mata! Mengapa tidak terus kepada kemaluan? Sudah pasti, dari mata turun pada kemaluan! Maka, mata merupakan pintu pertama dan terus menerus membuka pintu ke dua, ke tiga dan sehinggalah kepada 'end product' - Zina pada kemaluan.
Pornografi Adalah Zina Mata
Sedar tak sedar, setiap mata yang berkali-kali dikelipkan dengan santapan pornografi pasti menyebabkan zina seterusnya berlaku. Mustahil zina yang besar berlaku jika tidak melalui pintu pertama.Disinilah usaha yang perlu kita lakukan jika impikan perubahan. Sudahkah kita melatih mata kita untuk TIDAK terus menerus menerima panahan iblis ini?
Jangan Pandang Ringan Dengan Pornografi
Kita juga sangat maklum dengan aktiviti melihat pornografi merupakan satu dosa. Ia adalah dosa kecil! Namun yang demikian, jangan lupa, jika ia dilakukan berulang-ulang kali, bertahun lamanya, ia berpotensi besar untuk menjadi besar dan terlalu berat!Bayangkan ketagihan pada pornografi ini lebih dari 10 tahun! Setiap minit, jam, minggu bulan dan tahun, mata ini melihat pornografi, walaupun tidak melakukan zina yang 'benar' dan 'besar', tetapi pornografi dengan aktiviti onani adalah umpama pokok dan bayang-bayang! Ia tidak terpisah!
Bukankah tangan itu juga telah berzina? Dan ia dilakukan dengan sengaja dan hanya bersuka ria tanpa ada alasan yang kuat dan padu untuk menyokong perbuatan tersebut! Inilah satu dosa terkumpul, kolektif yang harus kita lakukan sesuatu!
Jangan kita gunakan lagi alasan naif seperti
1. Porn mengajarkan skill baru
2. Porn boleh mengelak dari aku berzina dengan perempuan/ lelaki
3. Porn boleh meredekan desakan syahwat dengan situasi benar
4. Porn mudah nak dapat dari membina komitmen dan tanggungjawab sebenar
5. Porn lebih baik dari zina!
dan macam-macam lagi yang tidak selari dengan iman!
Pornografi Ialah Benih Zina
Betul! Ia menyuburkan lagi desakan dan kemahuan biologi dengan 'paksaan'. Kehidupan seksual manusia yang normal tidak memerlukan benih-benih buruk seperti ini. Jika kita sudah lama menanam benih ini di dalam minda kita, maka koreklah semula benih ini dan tanamkan benih kehidupan seksual yang normal dan suci. Itu lebih baik!Percayalah!