AWAS!!! KANAK-KANAK DISERANG HALUS DENGAN PERMAINAN DI TALIAN BERTEMAKAN PORNOGRAFI!

TAK PERCAYA KE?

Hati-hatilah dengan isi kandung (contents) yang ada di dalam dunia internet. Ilusi Minda ingin menegaskan lagi tentang industri pornografi ini. Mereka telah mengoptimumkan sepenuhnya potensi internet untuk tujuan mencari pengguna baru khususnya kanak-kanak!

Mengapa kanak-kanak? Fasa ini adalah fasa 'imprinting'. Kanak-kanak cepat belajar dan otak mereka bekerja seperti 'sponge'. Serap segalanya akan apa yang dilihat, didengar dan dirasai. Jangan kata kanak-kanak cepat lupa dengan apa yang mereka pelajari! Ia sangat kuat melekat di dalam memori mereka.

MINDA SUCI DI KOTORI

Saat ini, generasi digital kita sering asyik dan obses dengan warna dan kepelbagaian video permainan yang ada di tawarkan. Dan Ilusi Minda ingin kongsikan satu website permainan video yang dilihat sangat menarik tetapi industri pornografi telah menyelitkan pautan tersembunyi di dalamnya. Ia adalah Funny -Games.biz - Laman web permainan kartun. Ia merupakan permainan kartun yang merbahaya dan ia sengaja dibina untuk mengheret pengguna baru dan naif ke zon kegelapan pornografi.

Jika anda dapat mengesan pautan ini dari mana-mana sumber medium, anda akan dapati terdapat pautan yang membawa kepada permainan kartun pornografi dan ia tidak sesuai langsung untuk kanak-kanak! Jika anda tidak mengambil tindakan untuk melakukan apa-apa, ibarat membiarkan kanak-kanak bermain di tepi gaung! Satu saat nanti, pasti mereka akan ke sana dengan naif sekali!

Sudah pasti, prinsip ketagihan ialah MORE! MORE! MORE! Permainan ini sengaja meletakkan tema atau tajuk yang boleh menyuburkan pertanyaan dan rangsangan seksual secara tidak langsung walaupun ianya kartun.


Ini baru permulaan bagi tahap 1. Jika anda kaji dan perhatikan, terdapat pautan khas terus ke laman permainan pornografi yang sangat ekstrem! Untuk sampai ke tahap yang lebih gelap, laman ini hanya memaparkan tema ciuman dan nama-nama ikon patung yang seksi dan popular.

Bukankah ini satu perangkap?

PANTAU AKTIVITI PERMAINAN VIDEO DI TALIAN

Permainan video saat ini bukan hanya individu. Mereka boleh berhubung dengan sesiapa sahaja di dalam talian. Bayangkan, betapa ramainya ORANG ASING yang bermuka-muka dengan memaparkan avatar yang mengelirukan terutamanya kanak-kanak.

PREDATORS tahu anak-anak anda sedang bermain di dalam talian ini dan mereka sedang memasang perangkap untuk memulakan komunikasi!