HENTI & SEKAT DARI TERUS MEMBERI REMAJA KITA 'TWINKIES' PORNOGRAFI SECARA PERCUMA

Ya! Betul! Sekat dan hentikan semua ini!

Teknologi dan internet adalah baik untuk digunakan. Ia sudah menjadi satu keperluan asas manusia moden saat ini. Namun yang demikian, anda harus hentikan dan halang twinkies yang ada di tawarkan menerusi internet secara PERCUMA!

Twinkies = Free Pornografi

Industri pornografi telah menggila dan menurut statistik, terdapat 420 juta laman web pornografi!
Untuk menarik perhatian pengguna baru, mereka mensasarkan bahan lama kepada pelanggannya secara PERCUMA! Dan lebih dahsyat lagi, pornografi versi HARDCORE ini juga boleh dimuat turun dengan mudah oleh sesiapa sahaja!

Belajar dari statistik ini >> http://www.toptenreviews.com/internet-pornography-statistics/

Kesan Twinkies

Apabila terlalu banyak makan twinkies ini, di internet, rancangan televisyen, radio dan sebagainya, sarat dengan kandungan seksual, keganasan, nudity dan sebagainya, maka, anak-anak remaja kita boleh 'mati' dengan tiadanya kalori yang sepatutnya di dalam jiwa, hati, pemikiran dan kehidupan mereka! Inilah kesan yang amat besar bakal berlaku jika kita tidak mendidik anak-anak remaja tentang IMPAK PORNOGRAFI kepada minda dan jiwa.

Apa yang kita perlu lakukan sekarang?  

'Pemakanan' jiwa, minda rohani yang betul amatlah PENTING sekarang ini. Percayalah, dalam beberapa dekad lagi, persoalan tentang berapa banyak yang ada di dalam akaun sekarang, rumah mana yang anda tinggal, jenama baju apakah yang anda pakai dan seumpamanya sudah lagi tidak menjadi PENTING. Yang penting adalah, adakah anda NORMAL?