KEJAYAAN INDUSTRI PORNOGRAFI MEMBUATKAN ANDA BERTOLERANSI. JANGAN JADI NAIF!

Sudah berapa lama jenama ini masuk ke dalam fikiran kita?

Industri pornografi seperti PLAYBOY sebenarnya sudah lama masuk ke dalam negara kita. Sangat lama! Sehinggakan kita sudah tidak ada lagi rasa sensitif dan tidak lagi perasan ia masih memberikan ancaman. Industri ini tahu strategi pemasaran dan akhirnya, kita berjaya dipengaruhi.

Salah ke membeli keperluan pakaian berjenama PLAYBOY?

Pertama, sebelum cerita tentang salah, ia satu topik yang cabang. Yang paling utama sekali ialah,
apakah asal usul jenama PLAYBOY? 

Alah, nama je. Budak-budak di sekolah pun biasa sebut 'dia tu playboy'... Disinilah petanda bahawa, strategi jenama atau BRAND sangat kuat mempengaruhi seluruh cara hidup manusia. Namun hakikatnya, PLAYBOY merupakan satu industri yang menyokong penuh revolusi seksual (Sexual Revolution). Apa SR ini?

Anda kena sedar dan tahu info sebenar tentang revolusi ini. Ia bermula dari negara Barat (bermula tahun 1960) yang mula mencabar kod tradisional lama kepada moden. Mereka mula meliberalisasikan semua unsur seksual dan hubungan personal di seluruh dunia Barat. Mereka ingin kebebasan dan ia termasuklah aktiviti seks di luar pernikahan, homoseksual, bentuk-bentuk baru seksualiti, pornografi, amalan pengguguran, bogel di tempat awam, pil dan sebagainya.

Akhirnya, revolusi ini melahirkan industri yang mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan yang besar. 

Siapa dan rupa PLAYBOY

PB bermula dengan majalah hiburan. Ia bermula di Chicago pada tahun 1953 dan Hugh Hefner dan pendokongnya memulakan idea majalah berbentuk pornografi dengan mencari model atau gelaran Playmates. Disinilah PB menjadi salah satu akar yang kukuh kepada pertumbuhan segar revolusi seksual! 

Dari majalah, maka lahirlah anak-anak syarikat yang berkembang dengan objektif menjenamakan PB sebagai satu norma! Dan ia bergerak secara global. Sampai ke anak-anak remaja kita hari ini.

Toleransi

Industri pornografi berkembang atas pertumbuhan ekonomi. Semakin banyak permintaan, maka semakin kuatlah industri ini. Ia melakukan perancangan, strategi pemasarannya dengan menyelinap segenap aspek kehidupan seharian. Maka, PB menjadi relevan dengan idea America men's lifestyle & entertainment.

Anda ingin mengikuti dan sokong revolusi ini menerusi jenama PB? Anda galakkan anak-anak remaja belia anda membeli dan support BRAND ini?

Rasanya, anda boleh mula menilai dengan membaca asal usul industri Playboy ini. Jika tidak, anda adalah sebahagian dari pendokong industri pornografi dengan membantu mereka mempromosikan logo dan jenama ini di merata-rata tempat, dari generasi ke generasi!

Jika isu SALAH atau TIDAK, cuba anda nilaikannya semula.

Jika anda berkata OK, bermakna, anda sudah BERTOLERANSI. 

Cuba luangkan masa, bagaimana minda kita sudah bertoleransi dengan pornografi ini di pautan ini