Ramai yang mengalami situasi ketagihan dari bangku sekolah lagi. Hingga ke hari ini, sudah mempunyai isteri/ suami dan anak-anak. Ketagihan ini masih belum hilang.
Ilusi Minda yakin, ramai yang mempunyai situasi seperti ini. Terutamanya lelaki. Isu ketagihan sebenarnya bukan hanya pada lelaki, malah wanita turut mengalaminya. Tetapi, impak besar adalah kepada lelaki.
Bayangkan, saat pertama anda terdedah dengan pornografi dahulu, ianya bukanlah satu perbuatan atau situasi yang dirancang khusus. Ia mungkin kerana desakan rakan-rakan yang nakal, terserempak, ternampak dari iklan-iklan di internet atau apa sahaja medium. Oleh kerana mesej-mesej ini berulang-ulang kali muncul atau terpapar kepada anda, akhirnya, rasa ingin tahu muncul. Pada mulanya hanya untuk mengetahui sedikit, tetapi ia terus mengheret kepada kekerapan untuk melihatnya. Akhirnya, pornografi sudah menjadi satu keperluan atau satu kebergantungan di usia yang sangat awal.
Perkembangan Otak

Tetapi, bayangkan, anda sudah mula ketagihan kepada pornografi pada usia yang sangat muda. Bukankah situasi ini sangat mengerikan? Minda anda belum cukup matang dan telah alami ketagihan. Situasi ini amat besar cabarannya. Umpama seperti mereka yang ketagihan rokok di bangku sekolah. Kebergantungan ini menjadi satu keperluan walaupun usia mereka telah melebihi 20 an.
Lindungi Otak Kanak-Kanak
Jika anda mempunyai keprihatinan, lindungilah minda kanak-kanak dan remaja sekarang. Jika anda mempunyai anak, maka anda sudah pasti tahu, betapa perit dan sukarnya untuk mengatasi situasi ketagihan ini melainkan anda benar-benar ada kesungguhan. Inilah kunci kepada kebebasan ketagihan pornografi. Tetapi, berapa ramai yang sungguh-sungguh?
Sekarang, ia menjadi satu tanggungjawab untuk anda melindungi anak-anak anda atau orang lain. Mereka adalah masa depan. Jika saat ini mereka sudah disentuh dengan jenama pornografi, maka masa depan akan bermasalah seperti anda atau mungkin lebih dahsyat lagi.
Keputusan di tangan anda!
Sekarang, ia menjadi satu tanggungjawab untuk anda melindungi anak-anak anda atau orang lain. Mereka adalah masa depan. Jika saat ini mereka sudah disentuh dengan jenama pornografi, maka masa depan akan bermasalah seperti anda atau mungkin lebih dahsyat lagi.
Keputusan di tangan anda!