Ramai dikalangan kita sudah TEPU dengan mesej pornografik dan menyebabkan kita tidak lagi BERFIKIR LURUS!
Pasti ramai yang tidak bersetuju dengan HEADLINE diatas ini bukan? Mengapa begitu? PERTAMA, sensitiviti kita sudah pun mula pudar. Tidak lagi seperti 3 dekad yang lalu. Saat ini, lihat sahaja anak-anak kecil, remaja belia kita yang biasa menggunakan YOUTUBE untuk mendengar dan menonton video klip kegemaran mereka. SEMUANYA SARAT DENGAN MESEJ PORNOGRAFI!
Jika anda imbas kembali, dahulunya, anda juga sebagai ibubapa meminati juga lagu-lagu berbahasa Inggeris. Dan anda hanya mampu mendengarnya di corong radio sahaja atau jika bertuah, anda dapat menonton video klip itu pada hari minggu, terutamanya hari Ahad. Jumlahnya frekuensinya amat rendah berbanding sekarang. Malah, pendedahannya juga sangat eksplisit!
Kategori Pornografi
Kenali dahulu kategori pornografi. Ramai yang hanya beranggapan bahawa, pornografi hanyalah video atau gamabr tentang perilaku seks. Tetapi ia tidak terhenti disitu sahaja. Bahan ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu SOFTCORE & HARCORE PORN.Apakah makna dan bentuk untuk SOFTCORE PORN ini? Ia adalah merujuk kepada bahan lucah yang separa berpakaian. Sebagai contoh paparan yang kelihatan menonjol dan menarik perhatian secara seksual tetapi tidak ada perilaku seks. Ia popular di majalah-majalah dengan rupanya seperti menghairahkan.
HADCORE PORN? Inilah baru grafik yang memaparkan sepenuhnya aktiviti seksual secara eksplisit!
1x1=1

Tonton >> https://youtu.be/Y_R3AhTDUQo
Untuk masyarakat menerima idea HARDCORE adalah dengan meningkatkan frekuensi SOFTCORE PORN. Akhirnya, apabila SOFT ini sudah larut dan tepu dalam fikiran, maka tidak ada masalah lagi buat mesej HARDCORE PORN sampai kepada mereka kerana ia sudah menjadi satu keperluan! Bukan lagi satu ANCAMAN!
Bangkitlah Dari Ilusi
Sedarlah bahawa, jenama pornografi telah lama masuk ke dalam minda kita. PornografiBUKANLAH HIBURAN. Ia adalah DADAH MILLENIUM!