APAKAH MENGGUNAKAN PORNOGRAFI DINAMAKAN SEBAGAI AKTIVITI SEKS? NORMAL KAH PERBUATAN INI?

Aktiviti Seks Normal Ialah Manusia Dengan Manusia. Jika Manusia Dengan Pornografi? Apa Namanya?

Menurut Dewan Bahasa & Pustaka, aktiviti atau hal-hal mengenai perhubungan lelaki dengan perempuan. Ia bermaksud manusia dengan manusia. Namun yang demikian, apabila internet pornografi mula mengambil alih peranan sebenar sebagai aktiviti manusiawi, apakah yang sebenarnya berlaku kepada otak atau tubuh badan kita? Dan apa pula kesan terhadap institusi perkahwinan? Inilah dinamakan seks sintetik!

Tonton apa itu Seks Sintetik

Pornografi Mengheret Kepada Fantasi

Lumrah perkahwinan, aktiviti seks menjadi satu aktiviti yang baik, halal dan ia mendapat pahala disisi agama. Luar dari sempadan perkahwinan, ia merupaka satu perbuatan yang melampaui batas. Aktiviti seksual dengan pasangan boleh memberikan kesan emosi dengan adanya ikatan (bonding) yang kuat kerana hormon oxytocin bekerja dengan baik. Ia turut menghasilkan memori yang baik di antara pasangan suami isteri. Isteri mempunyai memori tentang suami dan sebaliknya.

Malangnya, jika lelaki (suami) yang minat dengan pornografi, memori dan fantasi di dalam mindanya bukan sahaja tentang isterinya. Malah begitu banyak imej serta memori tentang wanita lain. Ini kerana, internet mempunyai fungsi 'multi tab' dengan jutaan imej dan video seksual tentang wanita.

Kesannya, lelaki (suami) akan mula membuat perbandingan yang tidak wajar terhadap isterinya (atau bakal isteri). Harapan (expectation) terhadap pasangan mula menjadikan pornografi sebagai piawai (standard). Dan situasi ini boleh memberikan ancaman kepada institusi kekeluargaan.

Survei Ilusi Minda sebagai ikhtibar;


Ilusi Ialah Ilusi

Pornografi ibarat perampas kepada fantasi seksual halal. Ia bukan benar dan situasi ini bukanlah bermaksud lelaki (suami) tidak puas atau minat dengan wanita (isteri), tetapi otak lelaki mudah terpicu dengan mesej-mesej seksual yang lebih kuat atau baru. Disinilah tandanya, otak lelaki (suami) sudah dirampas oleh pornografi dan memori yang terlalu banyak berbau seksual akan memberikan impak negatif kepada otak lelaki.

Berdasarkan kepada Ronald J. Hilton, seorang ahli pakar neuro otak di San Antonio Hospital (US), menyatakan bahwa impak ketagihan pornografi mengakibatkan otak bahagian tengah-depan secara fizikal akan mengalami pengecutan. Ia turut memberikan kesan terhadap aktiviti otak.

Jika anda mengalami situasi ketagihan pornografi, mulakan lah langkah anda untuk menjauhi bahan ini. Anda pasti dapat menyelamatkan sesuatu!