Luahan di atas sebenarnya bukan di alami oleh seorang individu, malah ia di alami oleh kebanyakkan orang yang alami situasi ketagihan pornografi. Ia bermula dengan satu cerita yang sangat naif, lemah dan tidak tahu apa-apa, tetapi ia seolah-olah menghantui. Kemudian, situasi ini ditambah lagi dengan pengaruh media yang sangat pantas dan tidak terkawal, akhirnya, situasi ini meningkatkan lagi imaginasi dan fantasi seksual yang tidak ada noktah! Perkataan yang bermula dengan 'www' inilah makanan utama naluri seksual generasi millenium!
Semua Ini Adalah Fantasi
Memang benar, pornografi bertujuan untuk membangkitkan nafsu seksual manusia. Itu sahaja objektifnya! Jika seseorang itu sudah tersangkut atau 'hooked' dengan umpan ini, maka ia sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan nafsu yang tersangkut itu. Malah, ada yang sudah membelanjakan ratusan, ribuan ringgit untuk tujuan yang seolah-olah penting buat dirinya sendiri sedangkan ia adalah satu yang tidak benar dan fantasi!
Adakah Titik Noktah Untuk Semua Ini?
Jika anda menulis sesuatu dan ingin berhenti, apa yang patut anda lakukan? Letakkan titik noktah bukan? Ia bermaksud, berhenti menulis dan teruskan tulisan ayat yang baru selepas itu.
Samalah juga dalam menghadapi situasi ketagihan pornografi. Anda yang menulis sejarah hidup anda, dan anda jugalah yang perlu meletakkan titik noktah itu! Bukan orang lain! Selepas itu, tulislah kehidupan baru anda! New chapters!
Belajarlah untuk berhenti menyalahkan orang lain dan mulakanlah langkah perubahan dengan mendidik diri menerusi pendidikan. Didiklah diri dengan info dan pengetahuan serta ilmu yang tepat untuk atasi situasi ini!