Saya suka menonton pornografi. Ia menambahkan lagi pengetahuan saya tentang seks! Memang ini sangat best!
Anda ada set minda seperti ini tentang pornografi? Pengalaman pasukan IM dilapangan sangat berharga. Kami belajar terus dari masyarakat tentang apakah yang mereka semua fikirkan tentang pornografi. Terdapat banyak set minda yang sangat membuatkan kami sedih dan terus kuat bekerja untuk sampaikan mesej penting ini; Pornografi TIDAK MENGAJARKAN APA-APA melainkan ia satu DOKTRINASI!
Apa Itu Doktrin?
Doktrinasi, dalam kamus Dewan Bahasa Pustaka, doktrin bermaksud; "prinsip atau kepercayaan yg dianggap benar dan satu-satunya yg dapat diterima"
Apa yang pornografi doktrinkan peminatnya?
Ingatlah, kita adalah apa yang kita tonton, kita dengar dan kita rasa. Jika kita ini sudah lama tonton, dengar dan alami pengalaman dengan pornografi, sedarkah, kita sebenarnya sudah mempunyai satu set pemikiran yang menakutkan!
Ingatlah, kita adalah apa yang kita tonton, kita dengar dan kita rasa. Jika kita ini sudah lama tonton, dengar dan alami pengalaman dengan pornografi, sedarkah, kita sebenarnya sudah mempunyai satu set pemikiran yang menakutkan!
Apa Yang Didoktrinasikan?
Jika anda seorang lelaki, pornografi doktrinkan pemikiran anda agar
i. Melihat wanita sebagai mainan, objek seks dan tempat lepaskan nafsu serakah, sedangkan wanita diciptakan Tuhan mempunyai peranan lebih besar dari itu!
ii. Reaksi wanita pasti seperti di dalam gambar atau video itu, sedangkan reaksi wanita adalah bertentangan dan memerlukan toleransi dan keselesaan.
iii. Wanita tidak perlu dibelai dan hanya perlu dilayan secara agresif. Ini sangatlah tidak benar kerana manusia, samada lelaki dan perempuan adalah makhluk yang perlukan belaian dan ikatan yang jujur
iv. Jika anda seorang suami, apa yang telah ditanam difikiran, anda akan mula meletakkan 'standard' atau piawai yang sama seperti yang anda lihat, sedangkan realiti bukanlah seperti yang ditayangkan oleh pornografi. Isteri anda ialah wanita yang hampir dengan anda. Jangan perlakukan seperti apa yang didoktrinkan di dalam video atau gambar pornografi. Seks di dalam perkahwinan ialah satu ibadah yang suci dan jangan di kotori dengan 'expectation' yang melampau!
v. Mengamalkan seks sintetik! Apa itu seks sintetik? Klik di sini
Jika anda seorang wanita, pornografi mendoktrinkan pemikiran anda agar
i. Lelaki mempunyai daya kekuatan dan pengetahuan yang luas tentang dunia seksualiti. Sedangkan apa yang dipraktikkan di kalangan pelakon atau 'actors' video atau gambar pornografi ini, mengamalkan cara hidup yang sangat tidak sihat.
ii. Fantasi dan hayalan tentang seks menjadi tidak terkawal dan ia hanya distimulasikan dengan memori. Akhirnya boleh membawa kepada amalan atau aktiviti seks haram di sisi agama.
iii. Seks sintetik
Sebenarnya terlalu banyak lagi kesan doktrinisasi pornografi di kalangan peminatnya. Secara global, kesannya membawa kepada
i. Cara hidup seksualiti yang tidak sihat dan tidak normal!
ii. Jenayah seperti rogol, pedofilia dan sebagainya yang abnormal
iii. Institusi perkahwinan mula tergugat kerana pilihan pornogafi terlalu banyak!
iv. Gangguan terhadap fokus dan reputasi di dalam karier
v. Kesihatan seksual yang mula terganggu
Kesan ini tidak berlaku dalam sela masa yang terdekat, tetapi ia berpotensi untuk berlaku.
Reformasi!
Mulakan proses pemikiran tentang, apa manfaatnya jika habit ini di teruskan? Adakah ianya berbaloi?
Jika anda terus merasakan pornografi memberikan nilai tambah tentang informasi seksual anda, jadi, apa yang anda fikirkan untuk langkah seterusnya?
Hati-hati dengan set minda ini! Ia berisiko tinggi!
Hati-hati dengan set minda ini! Ia berisiko tinggi!