Ilusi Minda akan menganjurkan program pertama kepada orang awam untuk tujuan mendidik dan memperkasakan sistem kepercayaan tentang kesan pornografi dalam kehidupan. Program ini dirangka dengan mendedahkan pengalaman dan kajian secara saintifik tentang impak negatif virus minda ini.
Pornografi adalah satu bencana yang telah sekian lama menyerap masuk ke dalam minda masyarakat, orang dewasa dan tidak terlepas juga golongan remaja belia. Impaknya sangat ketara dan amat membimbangkan kerana berdasarkan penyelidikan terkini oleh ahli bedah saraf dari Hospital San Antonio, Amerika Syarikat, Donald L. Hilton Jr MD ada mengatakan bahawa, ketagihan pornografi mengakibatkan otak bahagian tengah depan yang disebut Ventral Tegmental Area (VTA) secara fizikalnya mengecil.
Hilton menegaskan lagi; “Pornografi menimbulkan perubahan tetap pada neuorotransmiter dan melemahkan fungsi kawalan. Ini yang membuat orang-orang yang sudah ketagihan tidak dapat lagi mengawal kelakuannya, serta ketagihan pornografi juga menyebabkan gangguan pada memori. Keadaan itu, tidak berlaku dalam waktu yang singkat” dan kerosakan otak akibat ketagihan pornografi adalah yang paling serius, lebih serius dari ketagihan cocain (dadah).”
Ilusi Minda ingin berkongsi dan menyeru masyarakat supaya memandang serius akan impak virus minda ini agar ia tidak terus menerus tersebar pada generasi akan datang. Manfaatnya adalah amat besar kerana generasi yang bebas dan kebal dengan pornografi mampu mengoptimumkan potensi diri kepada perkara yang baik.
** PREVIEW PROGRAM
Dokumentari Khas Pandemik Pornografi http://youtu.be/
Apa Itu ILUSI MINDA? http://youtu.be/
Virus Minda Pornografi http://youtu.be/
** SASARAN
Remaja, belia, mahasiswa, dewasa, ibu ayah, kaunselor, fasilitator, jurulatih dan sesiapa sahaja yang ingin menambahkan informasi dan maklumat tentang kesan negatif pornografi.
** OBJEKTIF
1. Mendidik masyarakat supaya mempunyai kesedaran
tinggi tentang impak negatif pornografi pada
fizikal,emosi dan kerohanian.
2. Berkongsi maklumat dan informasi yang terkini
berdasarkan kajian neurosains, kesihatan mental dan
psikologi mengenai ketagihan pornografi.
3. Memahami dan mendalami kitaran ketagihan pada
bahan pornografi dan menguasai teknik untuk keluar
dari kitaran.
4. Membina jaringan, komuniti dan agen yang membawa
mesej positif kepada masyarakat agar terus menjadi
pejuang Ilusi Minda yang perkasa dan bebas dari
belenggu yang merosakkan.
5. Perkongsian khas kajian dan dapatan dari lapangan
oleh pasukan Raudhatus Sakinah tentang isu
seksualiti dikalangan remaja dan belia dari seluruh
Malaysia.
** TARIKH PROGRAM
20 Disember 2015
** KANDUNGAN PROGRAM
1. Kenali Musuh Anda; Pornografi dan Bukan Habit.
2. Fakta Saintifik Tentang Impak Pornografi.
3. Kesan Pornografi Pada Body-Mind-Soul.
4. Kitaran Ketagihan Model Ilusi Minda.
5. How To Train Your Dragon?
6. Integriti Seksual.
7. Psikoterapi.
8. Pengalaman dan dapatan dari lapangan sempena program Anda Bijak Jauhi Zina sebagai pengajaran.
9. Pengalaman mengendalikan kes kaunseling dan terapi bersama 'clients' sebagai iktibar.
10. Tips keluar dari ketagihan pornografi
** JADUAL PROGRAM
7.30-8.30pg Pendaftaran
8.30-9.00pg INPUT1: Pembukaan program/ Ice breaking
9.00-11.00pg INPUT2: Ilusi Minda 1
11.00-11.20pg BREAK
11.20-1.30ptg INPUT 3: Ilusi Minda 2
1.30-2.15ptg Sesi bergambar/ Bersurai
** LOKASI PROGRAM
Bangunan IKRAM Gombak, Taman Samudra Selangor
TIKET PROGRAM
RM35/ perseorangan
*Minum pagi (kuih muih & minuman) disediakan oleh pihak penganjur.
Pembayaran kepada Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy RHB 26233500025576
DAFTAR SECARA ONLINE
Klik di link ini untuk mendaftar secara online. Tempahan tiket akan dibuat sebaik sahaja pembayaran dibuat.