KAHWINLAH! SELESAI MASALAH!

Ada dikalangan kita berfikir secara ilusi dan bukan realiti. Set minda ini mengatakan, 'Tunggu kahwinlah, mesti ketagihan ini akan hilang'!


Perkahwinan tidak akan menjanjikan terapi yang 'solid'. Pendek kata, untuk keluar dari kitaran ketagihan ini, perkahwinan bukanlah jawapannya. Mengapa? Keliru?

Mari kita lihat fakta dari luar negara. Di Amerika Syarikat sebagai contoh, beberapa dekat yang lalu, sebanyak 1 juta jumlah penceraian telah direkodkan. Lebih kurang 50% darinya ada kaitan dengan ketagihan pada bahan pornografi!

Rujuk https://goo.gl/X83rtq

Mengapa pasangan yang sudah berkahwin memilih untuk tidak bersama? Bukankah ini boleh dijadikan hujah dan bukti, mereka yang ketagihan pada bahan lucah ini, tidak akan selesai dengan hanya perkahwinan. Malah, institusi ini boleh mengundang bencana!

Ketagihan ialah Ketagihan!


Apa maksud ketagihan? Maksud mudah ketagihan ialah bergantung kepada sesuatu atau benda. Ia boleh jadi kebergantungan kepada 'substance' atau 'non-substance'.

Ketagihan bahan lucah atau pornografi ini adalah tergolong dalam kategori bukan 'substance'. Ia tidak dimakan, kunyah, sedut atau sebagainya. Tetapi ia diambil dengan kadar imaginasi yang dipancarkan menerusi minda secara konsisten dengan imej-imej lucah. Dan ia turut stimulasikan nafsu seksual.

Akhirnya, stimulasi yang berterusan ini akan menjadi habit!

Jalan Keluar


Jika anda berfikir bahawa, perkahwinan ialah solusi. Anda SILAP!!! Cara terbaik ialah bukan perkahwinan kerana pasangan anda mungkin tidak selesa atau tidak boleh menerima habit itu. Mereka mungkin akan terkejut atau takut untuk hadapi realiti ini. Akhirnya boleh menghala kepada situasi yang buruk jika situasi ini berlarutan.

Solusi yang terbaik ialah, jauhi dan didik diri anda supaya perlahan-lahan menolak pornografi. Habit atau ketagihan ini sebenarnya dilalui menerusi kelakuan secara berulang-ulang tanpa sedar. Maka, pengulangan itulah yang akhirnya menjadi habit atau tabiat.

Latihlah diri anda dengan tersusun atau bersistematik. Kenalpasti apakah picu atau 'triggers' yang mengheret anda kepada ketagihan. Disitulah sebenarnya ada kunci untuk keluar dari belenggu ini.