Argh!!!!! Aku sudah penat melawan semua ini? Aku sedang bertarung dengan diri sendiri! Aku lemah!! Tidak berdaya!!!
Sudah lama menanggung perasaan atau tekanan dengan habit negatif ini? Anda bukan berkeseorangan. Masih ramai yang mempunyai dan bakal mempunyai tekanan dan ayunan perasaan ini. Ilusi Minda amat prihatin dengan apa yang anda lalui kerana anda mungkin seorang suami, isteri, anak atau sesiapa sahaja diri anda. Semua situasi ini harus di lalui dan di atasi dengan cepat. Mengapa IM mengatakan cepat?
Supaya anda tidak membuang tenaga dan masa kepada pornografi lagi! Anda juga adalah harapan kepada anak-anak, isteri, suami, ibu ayah dan sebagainya bukan?
Anda Mempunyai Kekuatan!
Siapa yang kata anda lemah? Tiada bukan? Ia tidak bukan melainkan diri anda sendiri yang berkata begitu! Jangan anda percaya dengan cadangan itu!
Kenali Potensi Diri
Jika anda mengatakan anda tiada kekuatan, itu bermakna anda sudah melutut dan berserah diri dengan nafsu yang sudah liar. Dan anda hanya membiarkan ianya membuat sesuka hati tanpa anda melakukan apa-apa!Manusia mempunyai potensi nafsu, tubuh badan dan hati. Anda mempunyai 2 lagi modal potensi ini untuk berhadapan dengan nafsu! Jangan biarkan nafsu menjadi komander kepada hati dan tubuh badan!
Bagaimana untuk mendidik nafsu ini agar kembali normal? Reformasi perlu anda lakukan sekarang!
Adakah anda setuju yang anda tidak boleh melakukan apa-apa langsung untuk keluar dari kitaran ketagihan ini?