PERHATIAN IBU AYAH PRIHATIN!

Percayakah anda, anak-anda sekarang sedang diserang dan didoktrin dengan pornografi! 

 Sedar atau tidak, anak-anak yang kecil dan belum cukup matang dan belum lagi akil baligh sudah terdedah dengan bahan beracun ini!

Kajian yang telah Ilusi Minda lakukan, lebih 80% remaja belia mengatakan, mereka mengakses bahan lucah hanya dari rumah mereka sendiri! Bukankah ini satu berita yang menakutkan? Jika dibandingkan 1 dekat yang lalu, bahan-bahan pornografi bukanlah mudah untuk dimiliki, tetapi zaman sudah berbeza. Semuanya di hujung jari! Apa sahaja yang ditaip samada sengaja atau tidak sengaja, semua akan dipaparkan oleh mereka yang menaipnya. 

Ibu Bapa Harus Sedar

Ibu ayah hari ini memang bekerja keras siang dan malam untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Namun yang demikian, dalam usaha ini, terdapat satu kelompogan yang perlu ditimbun semula atau dinilai semula. Terutamanya kemudahan internet di rumah! 
Malah, ibu bapa juga, dengan alasan mudah dan keselamatan, memberikan peranti atau apa sahaja gadgets yang mempunyai akses internet, diberikan atau dihadiahkan begitu sahaja.

Oleh yang demikian, banyak risiko yang bakal anda dapati terhadap perkembangan personaliti anak-anak.


Survei Untuk Ibu Ayah


Kami sediakan 11 soalan mudah, khusus buat ibu ayah sahaja yang menyediakan kemudahan internet di rumah. Soalan ini bukanlah bersifat menghukum atau skeptikal dengan cara hidup masakini tetapi ia merupakan senarai semak. 

Kami ucapkan terima kasih jika anda dapat memberikan respon balas. Tekan dibawah