PORNOGRAFI ADALAH SEBUAH DOKTRIN!

Sedar atau tidak, industri pornografi telah menawarkan begitu banyak sekali model-model wanita atau pelacur. Di internet, ia ibarat seperti menu bersaiz gergasi untuk semua pengguna setia porno. Bayangkan, disaat ini, sebanyak 420 juta laman web pornografi bermaharajalela menguasai dan menghiburkan penggunanya.

Harus diingat, aktiviti seksual memang mengasyikkan lebih-lebih lagi ia dilakukan dengan cara yang normal iaitu secara berpasangan. Namun, dunia pornografi mengajarkan penggunanya supaya tidak mencari kepuasan seksual secara manusia-manusia tetapi manusia-pornografi! Atau bahasa lain adalah "self pleasure' .Jika ia menjadi habit, maka ia adalah petanda bahawa si penggemar pornografi sedang menjalani kehidupan seksual yang tidak sihat! Inilah makna sebuah doktrinisasi baru!

Apa makna doktrin? Ia adalah knowledge dan skills transfer sehingga membentuk satu sistem kepercayaan tertentu. Jika dilihat pada pornografi, apakah bentuk info, maklumat, kemahiran dan keyakinan yang dipindahkan menerusi deria mata? Sudah pasti apa yang ada di dalam pornografi adalah; Penindasan kepada wanita - tetapi dilihat seperti satu keseronokkan - secara tidak sedar, mengajar lelaki bersikap dominon dan agresif pada wanita. Dan terlalu banyak doktrinisasi yang bertentangan dan negative dari fitrah insani yang sebenar.