Perkara yang biasa berlaku kepada mereka yang ketagihan pornografi adalah fenomena Coolidge Effect (CE). Apa CE ini? Dan bagaimana ia dialami? Secara mudahnya, si ketagih akan menjadi pemburu lebih banyak imej atau video pornografi untuk memuaskan kemahuan seksualnya. Apabila mereka sudah bosan dengan imej atau video tersebut, mereka akan memburu dan mencari model atau aksi porno yang lebih memberi kesan kepada dirinya. Lama-kelamaan, si ketagih ini akan kepenatan atau totally physical exhausted!
CE ini merupakan satu fenomena yang ditemui pada tahun 1950 an. Kajian ini dilakukan ke atas sampel mamalia iaitu tikus.Sampel tikus jantan digunakan dan diletakkan ke dalam kotak. Kemudian, tikus betina pertama dimasukkan. Lalu, tikus jantan ini mengawan tikus betina pertama. Selepas itu, si jantan mula menunjukkan kebosanan terhadap tikus betina pertama ini. Lalu, tikus betina kedua diletakkan dan si jantan yang sama mengawan lagi. Selepas itu, ia kembali bosan. lalu betina ketiga dimasukkan dan si jantan ini masih bertenaga dan mengawan lagi. Akhirnya, tikus jantan ini kepenatan secara fizikal.
Apa kaitan CE ini dengan kelakuan si ketagih pornografi? Ia menunjukkan situasi yang sama. Cuma pornografi tidak ada interaksi seksual dengan subjek secara 'real'-wujud - hanya fantasi. Dengan hanya menggerakkan 'mouse' atau touch pad, si ketagih boleh menukar-tukar subjek porno mereka dengan bebas dan banyak! Di dalam internet, terdapat 420 juta laman web pornografi dan terdapat ribuan model wanita atau pelacur!
Otak si ketagih sangat sibuk! Boleh bertukar-tukar imej fantasinya dan ia distimulasikan dengan hanya per'click' berbanding cara hidup orang dahulu yang hanya mungkin sekali seumur hidup melihat atau berinteraksi dengan pornografi!
Adakah anda sedar bahawa anda mengalami situasi CE ini?
Baca lanjut tentang CE di http://en.wikipedia.org/wiki/Coolidge_effect
atau fahami CE di http://youtu.be/d3vGiBb4qas