PORNOGRAFI ITU MERBAHAYA? BAGAIMANA IANYA BERLAKU?

Lumrah manusia. Apabila sesuatu perkara belum terjadi pada diri sendiri atau satu kelompok atau satu Negara, maka, manusia akan berkata, tiada masalah apa-apapun. Tetapi, sebaliknya pula, apabila sudah jatuh tersungkur dan tersadung hidung di bumi, barulah ingin mengakui.

Begitu jugalah dengan ilusi minda-pornografi. Ia adalah benar-benar satu ilusi yang sangat besar pengaruhnya pada psikologi dan fisiologi seseorang. Hari ini, saat ini, terlalu banyak bukti serta penemuan yang besar mengenai kesan atau impak pornografi. Kesan yang paling ketara sekali adalah pada minda-otak manusia.

Kajian dalam neurosains-sains otak telah membuktikan, otak manusia akan berubah apabila satu tabiat, habit dibentuk. Bayangkan, jika habit atau tabiat ini adalah pornografi dan onani, neuroplasticity dalam otak telah berubah! Persoalannya, apakah kesan yang paling ketara apabila neuroplasticity ini berubah? Adakah ia boleh mempengaruhi karakter seseorang?

Jawapannya ialah YA!

Norman Doidge, ahli psikatrik dan pengkaji, telah menjelaskan dengan begitu terperinci bahawa, neuroplasticity di otak pasti akan berubah, kesan dari pornografi. Perubahan ini juga secara tidak langsung akan mengubah cara berfikir dan merasa.

Cara mudah untuk memahami, jom kita lihat video cool ini!