Industri pornografi telah bekerja kuat untuk memastikan keuntungan mereka kekal di tahap paling optima. Mereka menggunakan apa sahaja peluang dan ruang yang ada bagi memastikan semua pengguna internet terperangkap! Tidak kira siapa pun anda!
Medium kontemporari. Sejak 2 dekad lalu, internet menjadi lubuk utama bagi industri pornografi untuk melebar luaskan lagi pemasarannya. Mereka ini hanya mementingkan keuntungan. Dan keuntungan tahunan mereka lebih besar dari syarikat gergasi seperti Google, Yahoo dan pelbagai lagi.
Bayangkan dengan lebih dari billion keuntungan mereka telah perolehi secara 'worldwide', maka tidak mustahil bagi mereka untuk membeli apa sahaja bentuk teknologi, kemahiran, peralatan serta manusia! Ya! Mereka mampu membeli manusia dengan wang ringgit yang mereka perolehi itu!
Pemasaran Internet
Pemasaran ialah nadi kepada perniagaan. Tanpanya, tiada urusniaga berlaku dan tiada keutungan. Teknik pemasaran yang terkini, seperti apa yang ada di tawarkan oleh pakar pemasaran IT, telah pun di miliki oleh industri pornografi. Mereka telah lama melakukan hal ini untuk memastikan pelanggan lama dan baru, terperangkap masuk ke dalam 'funnel' mereka!Saat anda menekan butang yang berbau pornografi, maka mereka telah berjaya membuatkan anda masuk ke dalamnya!
Pornografi Di Mana-Mana
Tidak kah anda sedar? Mungkin ada dan mungkin sudah tidak ada lagi rasa sensitiviti ini. Luangkan masa untuk menonton video tentang, otak yang sudah bertoleransi dengan pornografi ini >>https://youtu.be/Y_R3AhTDUQoMusik, filem, iklan, radio, produk kecantikan dan sebagainya, saat ini, semua ada unsur-unsur yang melarutkan sensitiviti masyarakat. Oleh kerana sering melihat, mendengar dan merasa, akhirnya ia menjadi kebiasaan.
Cuba bekukan semula sensitiviti anda. Dan perhatikan semula apa yang ada di dalam media elektronik saat ini. Ya, pornografi itu tidak semestinya perilaku atau aktiviti seks yang dipaparkan tetapi paparan yang ada di tawarkan ialah unsur-unsur lucah, seksi dan menghairahkan. Semua ini adalah stimulasi atau rangsangan seksual.
Bayangkan, saat ini, kita diasak dan dirangsang dengan limpahan iklan yang datang dari pelbagai sudut!
Perangkap Sudah Dipasang!
Hati-hatilah! Anda harus sedar, perangkap ini sudahpun dipasang! Ia bertujuan untuk membiasakan rangsangan mata dan naluri seksual ini distimulasikan. Ia ibarat memanaskan air! Ia tidak terus mendidih!Sebagai contoh, lihat saja di Youtube! Anda pasti sudah tahu dan arif bukan? Jika kita mula kata, biasa saja! Itulah petanda, kita sudahpun bertoleransi!
Mari kita bina sensitiviti mata kita dengan memaling atau menjauhi stimulasi yang tidak dirancang ini!