7 TIPS UNTUK SELAMATKAN ANAK-ANAK DARI BAHAN LUCAH DI INTERNET

Anak-anak adalah anugerah dari Tuhan. Jangan biarkan 'dunia' merosakkan minda, tubuh badan dan hati mereka!


Saat ini, internet menjadi popular dan ia menjadi salah satu keperluan hidup yang penting untuk melicinkan pengurusan dan perjalanan kehidupan. Sehubungan dengan itu, ibu ayah millenium turut menurunkan kemahiran serta pengetahuan ini kepada anak-anak secara langsung.

Jika dibandingkan mungkin 1 dekad dahulu, tablet, laptop, gadgets dan seumpamanya, memang tiada untuk diberikan kepada anak-anak kecil.

Tetapi sekarang, ia umpama mainan @ toys yang sangat mudah untuk dibeli dan di dapati. Malah ada juga yang menjadikan peranti ini sebagai penyelesaian masalah ibu ayah untuk bebas dari asakan anak-anak kecil seperti menangis, bergaduh, merajuk dan sebagainya.

Jalan pintas, hanya buka Youtube dan berikan mereka menonton cerita, kartun dan apa sahaja asalkan mereka senyap dan akur!

Tips Pelihara Mata, Minda & Hati Anak

Sebenarnya, bukanlah satu kesalahan yang besar memberikan anak-anak hari ini agar belajar secara pantas dengan dunia multimedia dan internet. Namun yang demikian, kesalahan yang sebenarnya ialah, ibu ayah memberikan semuanya ini tanpa bimbingan, panduan dan didikan yang sewajarnya.

Pendek kata, bagi semua dan biar mereka 'explore' sendiri. Maka, disinilah titik mula (starting point) yang perlu ibu ayah bermuhasabah. Mengapa demikian? Ia bertujuan menyelamatkan keturunan anda!

TIP 1 - BERHATI-HATI DENGAN ORANG YANG TIDAK DIKENALI @ LALAT
Anak-anak anda berpotensi dan terdedah untuk dihinggapi dengan orang asing atau 'anonymous'. Mereka ini ibarat lalat yang sering mengambil kesempatan. Mereka ini mungkin orang dewasa yang 'berpenyakit', berlakon/ menyamar sebagai kanak-kanak atau remaja sebaya anak-anak anda. Mereka ini sebenarnya mungkin penjenayah atau mereka ini adalah sistem. Semak semua aktiviti anak-anak anda yang masih naif kerana mereka mungkin sedang berkawan atau 'friend' dengan LALAT!

Biasanya jika lalat datang menggangu anda, apa reaksi spontan anda? Jika 'lalat' ini sedang hinggap anak-anak anda terutamanya anak perempuan anda? Apa yang anda harus lakukan saat ini?

TIP 2 - GUNAKAN 'SAFETY MODE' PADA YOUTUBE
Anak-anak kecil biasa dipasang dengan video atau apa sahaja menerusi Youtube. Sedarkah anda, video di Youtube adalah ibarat lautan biru. Ada spesis ikan yang selamat dan ada yang sangat merbahaya! Ada risiko. Kadangkala, anda memasang video kartun. Kemudian, tiba-tiba video lain pula yang keluar! Video di Youtube ada unsur-unsur pornografi, keganasan dan bermacam-macam!

Klik di sini dan setnya sekarang! >> https://youtu.be/FcGOgCb_tbQ

TIP 3 - GUNAKAN 'SAFETY SEARCH' PADA GOOGLE
Lautan Google juga adalah sama! Buka dan daftar akaun di Google. Anda boleh setkan secara automatik untuk lakukan tapisan dalam pencarian. Setkan sekarang di ' Search Setting'!

Klik di sini dan setnya sekarang! >> https://youtu.be/d7w839P4D5o

TIP 4 - KETAHUI APA YANG DIMUAT TURUN
Ibu bapa harus lakukan semakan pada semua peranti yang ada. Pantau apa yang mereka muat turun. Dan tidak terlepas juga apa yang mereka muat naik! Biasakan gambar anda sedang tidur di 'upload' dalam Whatapps? haha! Apatah lagi jika dimuat turun. Didik mereka tentang apa yang boleh dan apa yang dilarang. Jelaskan mengapa tidak boleh dan jangan larang sahaja tanpa jawapan 'Why?'

TIP 5 - HADKAN MASA MENGGUNAKAN INTERNET
Memang bunyinya agak kejam, kerana ibu ayah juga mungkin tiada disiplin ini. Kadangkala, 30 atau 1 jam sebelum tidur pun masih dengan internet, sekurang-kurangnya Whatapps atau semak status FB orang lain!

Anak-anak anda, lagilah perlu untuk mereka dilatih dan didisiplinkan. Anda sebagai ibu ayah atau penjaga harus sedar, otak anak-anak masih segar dan jangan biarkan potensi minda mereka ini hanya fokus kepada internet! Latih deria mereka dan wujudkan masa atau jadual. Ada masa untuk 'connected' dan ada masa juga untuk 'disconnected'!

2 Tips Penting Lagi!


Anda ingin mengetahui apakah 2 tips ini? Boleh klik pada link ini