MEREKA SURUH ANAK ANDA DIAMKAN PERKARA INI!

Situasi ini memang tak boleh diterima langsung!

Aktiviti seks siber adalah satu risiko yang ada di dalam dunia siber. Anda perlu sedar, risiko ini wujud dan telah banyak menyerang mata kanak-kanak. Cabang seks siber adalah pornografi, 'sextortion', 'sexting', sembang lucah, buli berunsurkan seksual dan sebagainya. Lebih menakutkan dan menggerunkan adalah aktiviti 'predators' yang sering mensasarkan kanak-kanak yang naif agar mengikut kemahuan mereka.

Dapatan dari Family Norton Survei 2010 mendapati, kanak-kanak di Malaysia telah meluangkan masa dengan internet secara purata 19 jam seminggu. Persoalannya, berapa banyak luangan masa ibu ayah memantau aktiviti anak-anak bersama internet? Pasti kurang dari 1 jam bukan? Jika ambil secara umum. 1 jam ibu bapa telah bersama dengan anak-anak, bayangkan, apakah bentuk risiko yang telah dilalui oleh kanak-kanak selama 18 jam?


Predators

No comments:

Post a Comment