BAGAIMANA UNTUK BERKOMUNIKASI DENGAN ANAK-ANAK TENTANG PORNOGRAFI?

Fuh! Ini memang mencabar. Bukan mudah sebenarnya. Dengupan jantung makin kuat apabila ingin memulakan topik ini. Hari ini, ibu ayah sudah sedar dan tahu impak negatif pengaruh negatif pornografi kepada anak-anak, tetapi sekarang, bagaimana untuk bercakap tentangnya?


Saya juga mula mengkaji dan membaca tulisan-tulisan dari luar negara tentang hal ini. Rupa-rupanya, ada formula yang sudah terbukti. Pertama, dengan adanya komunikasi asertif di kalangan ibu ayah tentang cara hidup seksual yang sihat dan keburukan pornografi yang menjadikan kanak-kanak menjadi lebih kuat, berkeyakinan tinggi dan tidak ragu-ragu untuk menolak semua 'serangan seksual' yang datang dari dunia siber.

Komunikasi terbahagi kepada 3 bentuk; Agresif, Pasif dan Asertif. Untuk isu yang taboo seperti pornografi ini, gunakanlah pendekatan komunikasi asertif. Secara mudahnya, bentuk komunikasi ini adalah berbentuk 'win-win', tidak menyakiti perasaan, menyuburkan lagi keinginan untuk bersama di dalam komunikasi, postur tubuh yang tenang, pandangan mata yang berpada dan bersama-sama  menyelesaikan masalah atau situasi. Objektif komunikasi ini adalah untuk mendidik dan menjadikan anak-anak lebih peka dan bersedia dengan virus pornografi.

Definisikan (Defined) Bincangkan (Discussed) Menolak (Rejected)

Terdapat perbezaan di antara kanak-kanak yang tidak diberitahu dan dilatih dengan mereka yang tidak dilatih. Sebagai contoh rangka komunikasi yang boleh dimulakan ialah seperti ini;

Rangka (Sesuai untuk 12 tahun ke bawah)

  • Pornografi ialah gambar orang yang menunjukkan orang tidak memakai pakaian/ baju.
  • Pornografi akan membuatkan rasa tidak selesa, rasa terkejut, rasa malu atau ada rasa sakit perut (biasanya kanak-kanak yang terdedah dengan imej atau video ini memberikan respon biologi).
  • Pornografi tidak sepatutnya menjadi rahsia. Jika melihatnya, beritahu kepada ibu bapa.

* Perkataan pornografi boleh ditukar mengikut kesesuaian. Mungkin ia boleh diperkenalkan dengan perkataan yang lebih mudah difahami mengikut umur. Jika anak-anak sudah memasuki menengah atas, ia lebih mudah dan lebih tepat untuk diperkenalkan istilah ini.


Kedua, perbincangan ini bukanlah 'one-off' atau 'touch & go'. Ia harus berfasa dan konsisten. Saat ini, serangan seksual akan datang dari pelbagai arah. Ia boleh datang dari orang yang amat dekat seperti kaum keluarga, kenalan di sekolah/ luar sekolah, kenalan asing yang dianggap 'friend' di media sosial, permainan di talian (online games), aplikasi (apps) dan sebagainya.

Perbincangan atau pendidikan cara hidup seksual yang sihat perlulah di tanam dan dibincangkan di dalam rumah oleh ibu bapa sendiri supaya anda mampu memantau dan sentiasa memerhatikan perkembangan seksual anak-anak di rumah. Pemantauan ini amat penting supaya generasi anda bebas dari bentuk musibah atau fitnah.

Ibu bapa perlulah kembangkan pengetahuan tentang kehidupan seksual yang sihat. Cara hidup seks yang sihat bukan sahaja menfokuskan kepada kelakuan atau aktiviti seks semata-mata. Ia lebih dari itu! Antara rujukan yang boleh anda tingkatkan pembacaan dan kandungan perbincangan di rumah bersama dengan anak-anak ialah menerusi buku ini. (Klik di sini untuk mengetahuinya lebih lanjut)

Jika ibubapa masih belum bersedia, ragu-ragu dan merasakan tiada yang bakal berlaku kepada anak-anak, itu bukanlah satu kesalahan. Ia adalah satu petanda bahawa anda amat risau dan bimbang bagaimanakah cara terbaik untuk mendidik dan melindungi anak-anak dari serangan minda ini.

Namun yang demikian, Ilusi Minda ingin mengingatkan ibu ayah, jika anda tidak memulakan di saat anda masih mampu mengawal, kerisauan dan kebimbangan anda akan bertambah-tambah. Bukan itu sahaja. Bayangkan, jika anda tidak mampu lagi mengawal apa yang masuk ke dalam minda anak-anak anda, maka disitulah bebanan emosi akan bertambah berat. Biarlah bebanan ini di tanggung oleh ibu ayah. Bukan anak-anak.

Dunia siber adalah dunia yang amat luas dan jika anda benar-benar memantau apakah aktiviti anak-anak dengan internet, maka peluang risiko amatlah rendah. Anda boleh ulangkaji atau melihat semula apakah luahan remaja belia yang telah mengalami penyesalan akibat disentuh dengan virus pornografi ini. Dapatan Ilusi Minda mendapati, majoriti remaja saat ini terdedah dengan virus pornografi ini bukanlah di atas kehendak dan kerelaan mereka. Ramai yang telah diserang tanpa persediaan yang rapi! (Klik disini untuk menyelami pengalaman dan luahan remaja belia tentang serangan seks siber)



Definisi Pornografi

Berdasarkan tulisan Dr Jill Manning, buku beliau yang bertajuk 'What's the Big Deal about Pornography', beliau mendefinisikan;

Pornografi ialah bahan yang direka secara spesifik untuk membangkitkan nafsu syahwat dengan menggambarkan mesej bogel, kelakuan seksual atau apa sahaja jenis maklumat seksual. Ia merujuk kepada jenis gambar, cerita, bunyi, simbol, tindakan atau perkataan yang memaparkan tubuh badan atau kelakuan seks.

Menurut Dewan Bahasa & Pustaka


Definisi pornografi tidak terhenti disitu sahaja. Perkataan pornografi berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud;


Memang benar! Pornografi adalah material berbentuk gambar dan video tentang pelacur. Adakah anda sebagai ibu ayah berasa selesa dengan situasi ini? Anak bermain-main dan mempunyai hobi untuk mengumpul bahan-bahan tentang pelacur? Ini adalah satu bencana!


Apa yang bakal terjadi jika pornografi mula menjadi hobi remaja saat ini? Ini adalah antara kesannya!


Inilah kesan virus pornografi yang datang kepada remaja tanpa diminta. Mereka adalah mangsa seks siber! Mereka juga tidak tahu apa itu pornografi kerana tiada perbincangan atau komunikasi yang wujud di rumah!

Anda rasa pentingkah komunikasi ini perlu ada di rumah anda sekarang?