KETAGIHAN PORNOGRAFI SANGAT SUKAR UNTUK DISEMBUHKAN? BIAR BETUL!!!!

Adakah anda mengalami kesukaran untuk berhenti melihat pornografi? Mengapa?

Ilusi Minda menerima respon yang sangat banyak dan hampir sama tentang ketagihan pornografi ini. Ramai mengatakan terlalu sukar untuk berhenti. Malah ada yang hampir putus asa dan berada dalam tekanan jiwa yang sangat mendalam. IM telah bertemu dengan remaja belia dewasa bejantina lelaki yang mula merasakan tiada arah dan wanita yang menangis tentang apa yang di alaminya.

Belenggu ini tidak kira lelaki atau perempuan. Apabila anda mula bertoleransi dengannya, maka anda sudah menerima 'dadah' yang lebih dahsyat dari dadah jenis heroin!

Pengalaman Dr Patrick Carnes, kaunselor yang cukup bepengalaman dalam mengendalikan isu ini ada melaporkan kajiannya iaitu lebih 1000 individu yang mengalami ketagihan seks (termasuk dalam bab pornografi) adalah sangat mencabar untuk dibimbing berbanding mereka yang ketagihan pada dadah atau alkohol. Beliau menegaskan lagi;

Kami telah mempelajari bahawa, obses dengan ketagihan boleh wujud signifikan dengan perubahan 'mood' (angin). Salah satu bahagian dalam ketagihan seks yang sangat membinasakan adalah anda benar-benar membawa bekalan ketagihan ini di mana-mana sahaja kerana ia ada di dalam otak!

Ia membawa maksud, jika ketagihan kepada bahan seperti heroin, ia adalah dadah jenis substance. Anda perlu keluar dan mencari bekalan ini di mana-mana tempat. Tetapi, ketagihan pornografi ini adalah non-substance. Dengan hanya melihat pornografi, otak anda menghasilkan tindak balas kimia yang sangat memenuhi keperluan ketagihan tersebut,hanya di dalam otak!

Kimia yang ada dihasilkan di dalam otak seperti Oxytocin, Epinephrine, Testosterone, Endorphins, Dopamine, Serotonin dan Phenlethylamine. Semua ini adalah nikmat terbaik untuk badan. Malangnya, semua ini dihasilkan menerusi ransangan pornografi! Akhirnya, situasi ini menjadi ekstrem dengan stimulasi yang tiada had! Situasi ini semakin kompleks apabila ditambah pula dengan aktiviti onani yang kerap! Inilah ketagihan yang sangat membinasakan diri dan terkeluar dari kehidupan normal yang sepatutnya anda lalui!

Adakah Tiada Harapan Untuk Ini?

Jawapannya ialah, anda jangan berputus asa dengan apa yang berlaku. Jangan berhenti melakukan perubahan walaupun kecil kerana setiap tindakan ke arah positif sangat penting. Ia ibarat percikan api yang kecil mampu menyalakan api dari minyak petrol! Jangan tiada langsung percikan perubahan ini!

Apa yang anda boleh lakukan sekarang ialah, didiklah diri anda dengan pengetahuan serta informasi tentang apa yang anda alami sekarang. Penyembuhan boleh berlaku dengan ilmu dan informasi yang betul.

Logik bukan? Jika anda tidak tahu apa yang anda alami sebenarnya, bagaimana mungkin anda mampu memilih 'ubatnya' yang betul?