Apa yang bakal terjadi jika anda terus menjadikan tabiat melihat pornografi ini?
Pengalaman pasukan Ilusi Minda di lapangan telah menemui pelajaran yang besar tentang ketagihan pornografi. Anda pasti tertanya tanya bukan? Apa pengakhiran kepada ketagihan ini.Kajian demi kajian. Pelbagai kes kaunseling dan terapi telah dilakukan di seluruh dunia. Tiada satupun dapatan yang diperolehi oleh mereka yang pakar dan berautoriti untuk mengendalikan situasi ini mengatakan, pornografi itu baik untuk digunakan sebagai salah satu life style. Pornografi tidak mengajarkan apa-apa melainkan hanya penindasan, menjatuhkan kredibiliti, keganasan, tidak normal dan hanya aprodisiak.
Berdasarkan kepada pengalaman dan kepakaran Dr. Victor Cline, pakar psikologis menyatakan, ketagihan pornografi akan mengheret anda kepada pusaran paling bawah. Ia bermula dengan;
1. Addiction
Kesan pertama ialah ketagihan. Situasi ini mungkin bermula dari kenalan di sekolah, universiti atau di tempat kerja. Asakan demi asakan, mesej demi mesej akhirnya anda mula timbul persoalan untuk mengetahui lebih lanjut. Self explore biasa terjadi dan akhirnya aktiviti ini digabungkan dengan self stimulation seperti onani. Akhirnya, ketagihan kepada bahan pornografi menjadi keperluan biologi.
Tahap kuasa bahan ini mungkin bermula dengan imej atau video yang hanya memaparkan tubuh badan sahaja. Lama kelamaan, ia bertukar kepada imej atau video yang ada aktiviti seksual di antara lain jantina (berpasangan).
2. Escalation
Tahap kebergantungan kepada pornografi semakin meningkat. Ia terus mengheret peminatnya kepada satu tahap lagi yang lebih kuat stimulasinya. Jenis gambar dan video ini perlu menjadi lebih ganas, penindasan, lebih eksplisit. Jenis imej video ini bukan hanya sekadar tubuh badan dan seks biasa tetapi ia perlu lebih lagi. Ia jenis seks berkumpulan, sama jantina, seks dengan haiwan, dengan objek yang berisiko, ganas dan ada unsur penindasan atau rogol dan sebagainya. Malah, tajuk-tajuk bahan ini juga perlu menarik perhatian seperti pornografi keluarga, jiran tetangga, rakan sepejabat dan sebagainya demi menarik perhatian peminatnya.
3. Desensitization
Tahap awalnya, semua imej dan video ini dianggap satu perkara yang tidak masuk akal dan mengejutkan. Tetapi semua ini menjadi santapan syahwat dan akhirnya ia menjadi kebiasaan dan normal bagi si ketagih. Walhal, semua ini adalah mesej-mesej yang sangat luar biasa dan tidak normal! Jika si ketagih itu seorang suami, aktiviti seksual bersama pasangan mungkin membosankan.

4. Acting Out
Setelah semua mesej-mesej keganasan, penindasan, kekasaran dalam aktiviti seksual yang ditawarkan di dalam pornografi menjadi kebiasaan dan sistem kepercayaan bahawa, semua ini normal dan boleh dilakukan, maka tindakan seterusnya ialah terdesak untuk melakukan seperti apa yang dilihat, didengar dan diyakininya! Bayangkan, disinilah set minda jenayah mula terbentuk! Kes rogol dan jenayah seksual bermula dari tahap ke 4 ini!
Anda Rasa Semua Ini Normal?
Anda pasti silap. Ada yang mengatakan, 'eh, mana ada. Semuanya ok dan im in control!' Sebenarnya mereka yang menafikan hal ini sebenarnya sudah lama hilang kawalan. Jika benar anda dalam kawalan, cuba kawal kelakuan atau habit anda untuk tidak kembali kepada pornografi. Adakah itu satu cabaran buat anda?
Buktikan anda boleh kawal ketagihan ini!
