Youtube memang powerfull! Serius! Sekarang ni, nak belajar, hiburan, hobi dan sebagainya ada di Youtube! Ia lebih popular dari televisyen di rumah. Kenapa ia menjadi pilihan? Sebab, manusia diciptakan suka kepada kepelbagaian. Youtube mempunyai jutaan saluran yang lebih menarik. Penggunanya boleh menukar dan bebas memilih apa sahaja rancangan, video yang digemari dengan pantas! Malah, boleh 'foward' dan 'rewind' tanpa rasa bimbang.
Buktinya? Tengok saja anak-anak kecil yang memegang smart phone, biasanya mereka melihat apa? Youtube! Kanak-kanak mahupun dewasa turut menggemarinya!
Risiko @ Youtube
Mai (nama samaran), ibu muda. Biasalah, sibuk nak buat kerja itu dan ini. Nak bagi anak senyap, suapkan anak 'lolipop' Youtube, pasangkan kartun di Youtube tajuk Frozen. Inilah video yang paling sedap dan pasti membuatkan anak-anak kecik terus diam bila disuapkan 'lolipop'.
Mai fokus membuat kerja lebih dari 2 jam tanpa sempat menjenguk, apa yang anak kecilnya sedang tonton. Awalnya dipasang video nanyian lagu 'Let it go', tetapi lagu tu bukanlah sampai 2 jam benda yang sama!
Terdetik nak tengok anak. Setelah 2 jam, anak masih terpaku tengok video, tapi lagu 'let it go' dah bertukar kepada suara-suara yang pelik. Bila Mai tanya, adik tengok apa tu? Frozen dengan Spiderman mama!
Frozen dengan Spiderman? Kartun apa tu?
Ramai yang alami situasi seperti Mai. Betul tak? Berapa ramai yang sedar dan tahu, Youtube mempunyai algorithm yang sentiasa berubah-ubah atau mudah nak faham, sistem memberi 'suggestions' atau 'Next Video'? Inilah risiko jika anda sebagai ibu bapa terus membiarkan kanak-kanak dengan Youtube. Cadangan video seterusnya ini adalah bersifat random dan biasanya akan memaparkan 'hit' atau viewer yang paling ramai atau corak pemilihan video yang hampir sama.
Pernahkah anda membaca tentang topik hangat tentang isu pedofilia mengasuh (grooming) kanak-kanak dengan kandungan video di Youtube? Tidak bersesuaian dengan kanak-kanak langsung! Kandungan yang dimuat naik adalah menggunakan karakter animasi kegemaran kanak-kanak dan di olah dengan mesej bersifat doktrin! Saluran ini mendapat jumlah jutaan penonton dan majoriti adalah kanak-kanak!
Ilusi Minda juga telah melihat beberapa seksyen video yang disyorkan dan ia mengandungi mesej wanita berpakaian seksi, gaya seksual yang sangat terbuka, keganasan dan semuanya melibatkan watak kartun yang popular dan banyak lagi perkara yang pelik.
Saluran ini mungkin ada orang kata, ooo video luar negara. Tetapi ada satu dari seribu yang mungkin akan membuatkan anda terkejut. Kata kunci Kak Ros, Upin Ipin. Inilah yang terpapar!
Saluran ini mungkin ada orang kata, ooo video luar negara. Tetapi ada satu dari seribu yang mungkin akan membuatkan anda terkejut. Kata kunci Kak Ros, Upin Ipin. Inilah yang terpapar!
Anda rasa bagaimana?
Menjijikkan!
Bukan tema seksual sahaja, malah tajuk atau tema yang sangat kotor dan jika anda sebagai orang dewasa pun tidak sanggup untuk melihatnya, apatah lagi kanak-kanak! Minda mereka masih suci dan jangan biarkan video seperti ini mengajar nilai yang bertentangan!
Walaupun video ini mempergunakan kanak-kanak untuk menarik perhatian kanak-kanak, ia seolah-olah mendoktrin, mengajar dan menanam nilai yang sangat menjijikan! Walaupun lakonan ini bukanlah suatu yang benar, tetapi penontonnya, terutama kanak-kanak menganggap semua itu adalah 'REAL'!!!! Jangan terkejut jika anak-anak kita melakukan seperti apa yang dilihatnya.
Adakah orang dewasa sudi nak melihat semua ini?
Restricted Mode
Pernahkah anda melakukan setting yang asas ini? Aktifkan butang RM? Anda boleh semak di saluran Youtube dan 'scroll' hingga ke bawah. Anda akan dapat melihat setting seperti ini. Klik 'ON'.
Ada GOOD & BAD News! Setting ini tidak terhenti disitu. Sekurang-kurangnya, setting pertama ini telah pun dibuat dan kandungan yang memang jelas ternyata kurang sesuai sudah pun ditapis. RM ibarat tapisan berperingkat. Setting ini adalah di tahap pertama. Ini adalah GOOD News! BAD News nya, tidak semua dapat di saring. Tidaklah 100%! Buktinya Ilusi Minda telah membuat perbandingan dengan cara akaun 'log in' dan 'log out'.
Kata kunci FROZEN
Kata kunci; ELSA
Ia masih terpapar! Namun, ia sudah menyaring tajuk dan tema yang lebih menakutkan! So, apa yang kita boleh lakukan seterusnya?
Pujian Inisiatif Youtube
Youtube telah melancarkan produk baru iaitu Youtube Kids. Wow! Dengar macam meyakinkan.
Ilusi Minda juga telah membelek dan mencuba kata kunci yang berkait dan 'targeted'. Memang terbaik dan boleh digunakan. Aplikasi ini hanya boleh dimuat turun di Play Store. Youtube menyatakan;
Ini adalah berita baik dan boleh diaplikasikan. Namun yang demikian, ia juga bukanlah alasan untuk ibubapa terus membiarkan kanak-kanak dengan Youtube selamanya! Penemuan yang Ilusi Minda telah lakukan dengan melihat isikandung yang terdapat di dalam Youtube Kids juga perlukan kepada pemantauan dari orang dewasa. Memang isikandungannya sudah ditapis, tetapi tetap saja ada mesej yang kurang sesuai dengan adat ketimuran.
Pokok pangkalnya, perlu kepada pengawasan dari orang dewasa.
B2B
Back to Basic. Kita renungkan semula kemahiran keibubapaan/ parenting mak dan ayah datuk nenek kita dahulu. Mereka tidak memberikan kita lolipop ini untuk membesar kan kita. Mereka juga busy dan pemikiran mereka juga adalah sama seperti kita sekarang. Ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak.
Ya, memang benar, dunia kita berbeza dengan orang dahulu. Ini memang tidak dinafikan. Walaupun zaman berubah, prinsipnya tetap sama. Naluri ibu bapa mana yang suka dan selesa anak-anak melihat, menonton dan berseronok dengan perkara yang bukan-bukan dan sia-sia. Memang kita ada peranan besar untuk menghalang dan melindungi mata, jiwa anak-anak dari perkara yang bersifat toksik!
Ingatlah, siapa kita adalah apa yang kita lihat, dengar dan rasa. Sekarang persoalannya, apa yang anak-anak kita telah lihat di Youtube selama ini?
-------------------------------------------------------------------