BETUL KE OTAK BOLEH BERUBAH SEBAB PORNOGRAFI?

KADANGKALA TAK MASUK AKAL LANGSUNG! PORN BERI KESAN PADA OTAK?

Keliru kan? Tak masuk akal? Inilah antara perkataan dan tanda tanya orang awam tentang kesan pornografi kepada individu terutamanya kanak-kanak atau remaja. Jika dadah, hidu gam, makan pil kuda, minum arak, minum air ketum, mungkin masuk akal, tetapi macam mana pornografi boleh memberi kesan kepada otak? Tak makan, tak minum, tak disuntik, tak dihirup, tak dihidu.

NEUROSAINS

Pakar neuro, atau pakar otak sudah lama melakukan kajian terhadap orang yang ketagihan pada dadah substance seperti heroin, ganja dan sebagainya. Hasilnya, memang sangat ketara. Otak mereka mengalami perubahan secara fizikal dan mula kurang aktif, kesan dari tindakbalas kimia dadah itu sendiri.

Berita baik!

Pakar saintis juga mengkaji dan melakukan imbasan otak terhadap individu yang ketagihan pada pornografi. Mnegejutkan! Kesannya lebih dahsyat dan lebih teruk dari ketagihan dadah substance!

Dr. Valerine Voon, dari Cambridge University telah mendedahkan kajian ini. Hasilnya seperti ini.


Individu yang sihat dan bebas dari ketagihan akan menghasilkan hormon yang seimbang dan cukup untuk seluruh fungsi badan apabila melakukan aktiviti seks, samada dalam relung perkahwinan atau tidak.  Malangnya, jika otak ini sudah dilatih secara berterusan dengan pornografi, limpahan hormon akan berlaku dan ia memberi kesan kepada aktiviti otak. Ibarat longkang yang terpaksa menangung limpahan air bah! Ia mengubah fungsi otak dan juga rupa bentuk asal!

Pornografi mengubah otak secara anatomi!

OTAK MEMERLUKAN LAGI!

Hormon yang sihat ini adalah normal dan ia memang diperlukan oleh tubuh badan dan dihasilkan sendiri oleh otak dengan adanya persepsi. Namun yang demikian, jika otak penah merasa limpahan hormon-hormon ini dengan sukatan yang banyak, maka, ia akan memintanya lebih lagi pada masa akan datang! Situasi inilah yang akan menjadikan individu itu semakin ketagih. More!