Kesan pornografi akan membangkitkan hormon-hormon yang bernama;
DOPAMINE
Secara umum, dopamine bekerja untuk menimbulkan rasa puas, tenang, lega, gembira dalam diri.

Sekarang, cuba kita lalui situasi ini sebagai contoh. Ingat, ia adalah contoh dan bukan untuk dimodelkan ya!
1. Pertama kali melihat gambar bogel di internet dan remaja ini akan berkata:
"OMG!, gambar apa ni?!" - (sambil menutup mata tetapi tetap melihat di celahan jarinya)
2. Hari berikutnya, remaja ini penuh dengan kuriositi - banyak pertanyaan di minda:
"Emm... Gambar apa ya yang aku tengok semalam...? Apa sebenarnya...?" Kemudian remaja ini melawati sekali lagi laman web itu dan kemudian! BOOM! Terpaparlah gambar pornografi dan kemudian terus menerus melihatnya dengan rasa nikmat syahwatnya...
3. Hari seterusnya, remaja ini terus bergantung pada pornografi dan kali ini ia melihat gambar yang lebih "panas" dan lebih sensasi agar berasa lebih-lebih nikmat! Dan dia berkata dalam hatinya "WOW...!!!"
4. Begitulah seterusnya. Dari melihat, timbul rasa keinginan untuk merasa, lalu ingin melakukan seperti apa yang dilihatnya. Dan yang lebih parah, terus menerus tabiat melihat pornografi......
Bahkan, adakalanya si remaja ini benar-benar ketagih pada pornografi, berpotensi untuk melakukan zina yang lebih berat. Ia bermula dengan aktiviti onani dan ada keinginan dalam hatinya untuk melakukan dengan pasangannya. Kesan dopamine akan mendesak untuk mencari kepuasan dalam bentuk yang lain dengan level atau tahap yang lebih tinggi lagi.
Ditambah pula dengan bisikan iblis yang mendesak agar melakukan zina mata, zina tangan, zina hati dan zina kemaluan, tahap demi tahap. Inilah kesan hormon dopamine yang dapat menjadi menjelaskan situasi umum pada mereka yang ketagihan pada pornografi. Namun, idea hormon dopamine ini bukanlah alasan utama untuk disalahkan tetapi ia telah dijanakan dengan pornografi! Dan bukan berdasarkan aktiviti seksual yang berlandaskan moral dan agama.
NOREPINEPHRINE

Sayangnya, jika hormon ini sudah dikuasai oleh pornografi yang bersifat merosak, otak si ketagih pornografi akan selalu dipenuhi dengan idea-idea yang kreatif tentang aktiviti pornografi dan seksualiti. Dia hanya akan berfikir, bagaimana untuk memuaskan naluri seksnya dengan pornografi. Disinilah puncanya dia akan mula berfikir bagaimana untuk mendapatkan bahan pornografi ini dan bagaimana untuk menggunakannya! Malah, ada yang apabila melihat sahaja gambar yang merangsang syahwatnya, maka otaknya mula menjadi "kreatif" pada tahap 'super' atau 'brilliant!'.
Sebagai contoh lain, jika ada perempuan yang memakai pakaian yang agak seksi, orang normal hanya akan berkata :
"Pergh! Memang menggoda lah dia ni. Bahaya betul!". That's it! Sampai situ sahaja!
Namun bagi orang yang sudah ketagih pornografi, ia akan berfikir :
"Bagaimana ya rasanya kalau aku dengan dia....... Memang syok!" (Naudzubillah tsumma naudzubillah).
Itulah yang dirasakan orang yang sudah 'berniaga' dengan pornografi. Hati dan fikirannya mulai tidak normal. Tidak bekerja secara biasa. Pemikiran sudah tidak lagi jernih, menjadi malas mencari ilmu/belajar, dan malas berfikir kreatif dalam hal yang baik atau positif. Situasi ini adalah kerana otaknya sudah berubah bentuk, plastisiti yang mana mindanya sentiasa bersambung dengan aktiviti pornografi dan seks. Dan inilah impak hormon neuroepinefrin yang sudah dijanjikan atau disusun oleh pornografi.
SEROTONIN

Itulah kesan dari hormon serotonin, iaitu membuat seseorang berasa tenang, nyaman disaat hormon itu keluar.
Tetapi, ketika seseorang itu ketagih pornografi, hormon itu juga keluar. Kesannya, apabila seseorang itu mula berasa sedih, tertekan atau stress, bosan, keletihan, berkeseorangan, marah dan sebagainya, maka dia akan ke pornografi untuk berasa tenang dan nyaman sekali lagi. Karena itulah yang boleh membuatnya dia kembali untuk tenang dan bahagia.
OXYTOCIN

Inilah sistem hormon oxytocin yang dapat membuat ikatan batin dan kejiwaan yang mendalam antara individu dengan individu yang berkaitan. Tetapi, malangnya, bagaimana jika situasinya, seseorang itu ketagihan pada pornografi?
Pornografi akan membuatkan hormon oxytocin bekerja terus menerus pada saat seseorang itu melihat pornografi. Akibatnya, si ketagih ini menjadi terikat secara batin dengan pornografi. Terhubung dalam pemikiran dan hatinya dengan screen! Inilah situasi yang menimbulkan rasa "keperluan dan ketagihan". Orang yang ketagih pada pornografi akan memiliki rasa kebergantungan, teringat-ingat, tidak selesa dan tidak kena, jika tidak melihat pornografi selama beberapa jam!
Pada asasnya, inilah jenis hormon yang bakal dimanipulasikan oleh pornografi. Hormon ini sebenarnya adalah baik dan ia sangat diperlukan oleh badan kita. Namun, apabila pornografi telah menjadi satu keperluan, maka hormon ini terpaksa bekerja dengan keadaan terpaksa!
Semoga bermanfaat!