Istilah ini mungkin asing untuk masyarakat kita. Malah, langsung tiada idea apa maksudnya. Tetapi, aktiviti ini sudah banyak kali berlaku di dalam dunia internet. Apa yang terjadi sebenarnya? Mari kita ikuti dahulu senario atau corak yang biasa berlaku di dalam negara kita (rujuk gambar ini).
Pornografi dendam sebenarnya bermula dari 'sexting' yang mula dipraktikkan oleh individu yang
terlibat. Ia mula popular pada abad ke 21 dan ia terdiri dari dua perkataan asal, SEX + TEXTING. Di dalam 'sexting' ini, ia mengandungi perbincangan dan perkongsian berbentuk teks, gambar atau video dengan orang yang 'dipercayai'. Kuncinya ialah, gambar atau video diri sendiri tanpa berpakaian, lalu dikongsikan dengan pasangan yang dikenali sahaja. Mengapa situasi ini terjadi?
Psikologi orang yang sedang hangat bercinta, pasti sanggup untuk berkongsi apa sahaja termasuklah gambar peribadi tanpa berpakaian. Budaya ini semakin terkenal di kalangan remaja kerana golongan ini mudah terikut dan terpedaya dengan ajakan atau permintaan. Jika permintaan ini tidak ditunaikan, ia ibarat seperti tidak setia dengan hubungan yang sedang dibina! Sound familiar? Sudah tentu!
Apabila perhubungan ini berhadapan dengan konflik dan memerlukan keputusan untuk berpisah, maka disinilah puncanya REVENGE PORN! Gambar atau video yang telah dikongsikan ini tidak lagi berfungsi sebagai komitmen kasih sayang tetapi telah bertukar kepada dendam! Pasangan yang kecewa, marah atau geram ini pasti akan melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. Gambar atau video tersebut dimuat naik (upload) di internet dan disebarkan alamatnya ke seluruh capaian rangkaian media social. Akhirnya, ia menjadi kekal dan sukar untuk dipadam!
Inilah yang biasa terjadi dalam masyarakat dunia! Bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia dan kajian menerangkan, sebanyak 20% remaja terlibat aktif dengan aktiviti 'sexting' ini!
ADAKAH BERBALOI?
Nasihat buat remaja, belia dan sesiapa sahaja diluar sana. Samada anda sebagai sepasang kekasih, sudah bertunang malah berkahwin, elakkan gambar tanpa berpakaian atau gambar erotik diambil dan disimpan di dalam telefon! Bayangkan, jika situasi di atas ini berlaku atau telefon bimbit anda hilang dicuri oleh orang lain. Bukankah semua ini berisiko tinggi?
Bagi mereka yang sedang hangat bercinta dengan pasangan dan belum pasti akan melangkah ke alam perkahwinan, maka aktiviti 'sexting' ini sebenarnya berpotensi untuk membuatkan reputasi, maruah dan kehidupan anda dalam risiko yang sangat tinggi walaupun anda dicurahkan dengan pelbagai janji manis dari pasangan anda!
Jauhi amalan 'sexting' kerana anda tidak tahu apa yang boleh terjadi pada gambar atau video anda!