SELAMAT DATANG KE ILUSI MINDA
Ilusi Minda berbesar hati atas kehadiran anda pada waktu ini bersama dengan kami. Laman ini disediakan untuk semua golongan tidak kira siapapun anda samada guru, pensyarah, pihak penganjur program, ibu dan ayah, remaja dan belia mahupun mahasiswa.
Ilusi Minda menawarkan jalan keluar terutamanya kepada individu yang ketagihan pada pornografi dengan cara berkongsi informasi dan ilmu yang penting tentang bahaya pornografi. Pelbagai info grafik, video dan program akan dikongsikan kepada umum.
Kepada individu atau organisasi yang berminat untuk menganjurkan sebarang aktiviti bersama dengan Ilusi Minda adalah amat dialu-alukan. Ilusi Minda berperanan tinggi untuk mendidik dan memperkasakan individu atau kelompok yang mengalami masalah ketagihan pada bahan pornografi atau lucah.
Ilusi Minda menawarkan pelbagai aktiviti seperti bedah buku, ceramah kepada orang ramai, bengkel dan pelbagai agar orang ramai mampu meningkatkan kesedaran dan mampu menjauhi aktiviti yang merugikan diri.
Selamat melayari laman ini dan jika ada pertanyaan dan permintaan, sila ajukan pada email: syamiligers@gmail.com
Jumpa lagi!